in

“Kami dah perhati 10 minit”- Polis Nafi Kompaun Individu Yang Buka Pelitup Muka Untuk Minum Air

Ft Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular kelmarin di sosial media apabila dua orang remaja di Parit Buntar dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka dengan alasan mahu minum air.


Kenyataan itu ternyata mengundang pelbagai komen dan reaksi netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan anggota polis tersebut.

Ramai juga diantara netizen yang keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan sehingga menyebabkan mereka mempersoalkan perkara ini.

Capture 1 3 1

Tapi ternyata situasi yang berlaku adalah berbeza daripada keadaan sebenar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat semalam remaja berusia 17 dan 18 tahun itu dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi SOP yang dikeluarkan.

Mereka didapati berbual pada jarak kurang dari satu meter serta tidak memakai pelitup muka.

“Semasa rondaan Op Cegah Jenayah/Op Covid-19 SOP PKPB Parit Buntar di jalankan di kawasan berkenaan pada pukul 12 tengah hari, pihak polis telah ternampak dua lelaki duduk di atas motosikal masing-masing sambil berbual mengadap satu sama lain.

“Kedua-dua mereka didapati tidak memakai pelitup muka walaupun selepas pemerhatian dijalankan dalam tempoh 10 minit,” katanya

Pihak polis turut memerhatikan remaja tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan.

Capture 6 8

Setelah diterangkan kesalahan mereka, remaja tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian bagi mengenakan tindakan kerana melanggar Peraturan 10 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, lapor Kosmo.

“Sebelum tindakan kompaun diambil, kita telah membuat pemerhatian lebih kurang 10 minit di tempat tersebut.

“Malah, di dalam gambar dan video yang diambil juga jelas menunjukkan kedua-dua remaja itu bukan sahaja tidak memakai pelitup muka malah tidak mematuhi penjarakan sosial iaitu satu meter,”

Jadi kenyataan yang tular ni tak tepatlah, lain kali kena semak dulu sesuatu perkara. Tak pasti, jangan kongsi.

Baca : Orang Ramai Boleh Buat Rayuan Di Mahkamah Jika Tidak Puas Hati Dikompaun Akibat Ingkar PKPB

Capture 6 7

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.