Kalau korang fikir penularan wabak coronavirus yang serius terutamanya di China ini akan memberi pengajaran kepada sesetangah orang, rasanya korang kena fikir balik!
Penjual hidupan liar di China telah menyuarakan isi hati mereka bahawa bila mana larangan penjualan haiwan liar ditarik balik, mereka akan kembali berniaga seperti biasa.
Didakwa yang virus maut itu datang dari hidupan liar yang dijual secara haram di pasar basah di Wuhan.
Susulan itu, kerajaan China mengharamkan penjualan hidupan liar bagi menghalang penularan wabak COVID-19 yang lebih teruk lagi.
Pengharaman itu menjurus kepada penahanan hampir 700 orang yang tidak mengikut arahan tersebut.
Malah kira-kira 40,000 haiwan liar telah dirampas, rakyat China sebelum ini menjadikan haiwan-haiwan ini dalam perubatan.
Para penjual berkata mereka bercadang untuk meneruskan perniagaan mereka semula selepas pasar basah tersebut kembali dibuka, lapor Reuters.
Saya akan kembali menjual selepas larangan ini ditarik balik”
“Ramai suka beli haiwan liar. Mereka membelinya untuk dimakan atau diberikan sebagai hadiah”
Sehingga pagi ini kadar kematian yang dicatatkan akibat Coronavirus (COVID-19) mencecah 1,868 orang manakala 72,500 yang lain dijangkiti.