in

“Kali pertama dengar virus ni” – Malaysia Pernah Kena Serang Virus Nipah Disangka Nyamuk Penyebab, Rupa-Rupanya…

Featured Image Nipah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ramai golongan muda yang tidak begitu mengetahui mengenai virus yang cukup di takuti oleh rakyat Malaysia suatu ketika dahulu.


Virus yang dikenali sebagai Nipah virus pernah menyerang Malaysia pada tahun 1998 dan 1999 lebih kurang 22 tahun yang lalu.

Babi3
Sumber: youtube

Jadi tidak hairanlah kalau ramai golongan muda yang kurang mengetahui mengenai virus ini.

Kisah mengenai virus Nipah ini kembali tular di perkatakan di laman Twitter setelah virus yang baru-baru ini menyerang rakyat China iaitu virus Corona disahkan sudah berada di Malaysia.

Menurut perkongsian tersebut, pada mulanya, virus Nipah telah disangka berpunca daripada serangan nyamuk yang mengakibatkan Japanese Encephalitis (JE) bawaan nyamuk kepada pesakit.

Penyakit ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang membawa virus tersebut. Virus JE bawaan nyamuk ini boleh menyerang sistem saraf dan mengakibatkan komplikasi teruk serta kematian.”

Namun begitu, dua orang pelajar pelajar Phd iaitu Dr Chua Kaw Beng dan Dr Chong Tin Tan menyedari bahawa virus itu tidak menyerang golongan muslim dan sedar bahawa penyakit itu pasti bukan bawaan nyamuk.

Nipah 0 5 Custom C156Fc09807A31Ebb085E6C1926028380Ee6B55F S800 C85
Sumber: npr

Tapi, hasil pemerhatiannya itu tidak mendapat respon yang baik daripada penyelia Phd yang mana seorang professor pada ketika itu.

Namun itu tidak mematahkan semangat Dr. Chua apabila dia sendiri meminta untuk di hantar ke Pusat Kawalan Penyakit di Amerika Syarikat bagi menyelidik sendiri mengenai penyakit yang di bawa oleh nyamuk tersebut.

Sebenarnya, Dr.Chua membawa secara senyap sampel virus Nipah yang disimpan dalam bagasi bagi di kaji di sana.

Setelah berjaya membuktikan bahawa virus Nipah bukannya berasal daripada virus bawaan nyamuk iaitu JE, tapi sebenarnya virus Nipah berasal daripada khinzir.

Babi4
Sumber: youtube

Dr. Chua terus segera mengubungi pihak berkuasa Malaysia bagi menyampaikan berita ini dan meminta pihak berkuasa untuk menghentikan pembasmian terhadap nyamuk dan beralih kepada khinzir.

Kerajaan Malaysia langsung tidak membuang masa dan mengerah pasukan tentera untuk menghapuskan lebih kurang 1 juta khinzir pada waktu itu bagi membasmi penyakit ini.

Ap 99032201486 Custom 5296Fc1Db0D5Ceb4E0C74A8E972834E4A8412142 S800 C85
Sumber: npr

Akhirnya, wabak virus Nipah ini menghilang sedikit demi sedikit dan kawasan penternakan khinzir juga dijaga lebih rapi.

Nipah 0 9 Custom 0893Dd944Bff026F23823F8636117557468F091B S800 C85
Sumber: npr

Bukan itu sahaja, Dr Chua dan Dr Tan menerima Anugerah Merdeka dan Anugerah Sains Mahathir dari hasil usaha mereka dalam menyelamatkan rakyat Malaysia.

Semoga kita dihindari dari pelbagai virus yang boleh menyerang kesihatan manusia.

 

Baca: “Mati sebagai hero”- Doktor Pertama Meninggal Dunia Semasa Rawat Pesakit Coronavirus

Dotor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.