fbpx
in

“Kali kedua heartbroken dalam industri” – Petugas MYAirline Kongsi Kronologi Sedih Sebelum Ditutup

Ft Myairlines

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, penggantungan operasi syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline mengejutkan ramai pihak dan pastinya penumpang-penumpang mereka yang sudah membeli tiket kecewa dan terpaksa mencari altenatif lain untuk menuju ke destinasi mereka.

Selain penumpang, pastinya antara yang terjejas adalah mereka yang bekerja di syarikat penerbangan berkenaan seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok di akaunnya baru-baru ini.


Video pendek yang dikongsikan oleh Cecilia tersebut menceritakan kronologi yang berlaku sebelum syarikat penerbangan tersebut menggantung operasinya secara mengejut.

Tiktok Myairlines

Menurut kapsyen, ini merupakan kali kedua dia heartbroken dalam industri tersebut, kali pertama apabila perkhidmatannya ditamatkan oleh salah sebuah syarikat penerbangan pada Disember 2020 dan kali kedua, MYAirline.

Menerusi video pendek tersebut, Cecila menceritakan kronologi yang berlaku bermula pada mesej yang disampaikan oleh pihak pengurusan pada 11 Oktober 2023 pada jam 11 malam mengatakan penerbangan keesokan hari dibatalkan.

Artikel berkaitan : Umum Gantung Operasi Hari Ini, MYAirline Diarah Bayar Balik Tiket Penumpang

Artikel berkaitan : MAS & Batik Air Beri Bantuan Kepada Penumpang MYAirline Yang Terjejas

Dalam masa yang sama, video juga menunjukkan kakitangan MYAirline sedang menantikan satu penerbangan yang dipercayai penerbangan terakhir syarikat berkenaan di KLIA.

Menurutnya, pada jam 3.30 pagi (12 Oktober), pihak pengurusan memberitahu syarikat mereka telah ‘offline’.

@cecilia_thristcher00 2nd time heart broken in this industry ! #airasia #airasiax retrenchment 31st Dec 2020 & #MYairline ♬ gwenchana imran bard – bukan nasuha

Pun begitu, kelihatan para petugas MYAirline masih bertugas dan menunggu sehingga kesemua penumpang pesawat terakhir dari Kota Kinabalu pada jam 4.37 pagi tersebut selesai keluar dari pesawat.

Pada jam 7 pagi, kesemua petugas dan kakitangan syarikat tersebut telah menerima mesej untuk mengosongkan pejabat mereka.

Dalam pada itu, dua syarikat penerbangan Malaysia, Batik Air dan AirAsia telah menawarkan beberapa penerbangan khusus dengan tambang istimewa bagi penumpang penerbangan MYAirline yang telah digantung operasinya buat sementara waktu.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam, berkata, sebagai sebahagian daripada masyarakat penerbangan, mereka bersimpati terhadap nasib yang menimpa penumpang dan petugas MYAirline.

“Kami menggalakkan petugas MYAirline untuk meneroka kemungkinan menyertai keluarga Allstars”

Selain itu, Bo Lingam juga mengumumkan pertimbangan untuk mengambil individu yang berkelayakan, yang turut berkongsi semangat AirAsia terhadap industri dan bersedia untuk menyumbang kemahiran dan pengalaman mereka untuk sertai AirAsia.

Sumber : TikTok | Awani 
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top