in

“Kalau tengok live tak teruk sangat” – Baby Shima Anggap Persembahan ‘Gelek’ Tidak Keterlaluan

Baby Shima Hausboom 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh mengenai aksi gelek terlampau penyanyi bergenre dangdut tempatan Nor Ashima Ramli atau lebih dikenali sebagai Baby Shima di sebuah festival muzik yang diadakan hujung minggu lalu.


Penyanyi berusia 30 tahun itu, menjaadi perhatian selepas videonya bergelek sakan tular dan mendapat kecaman yang hebat daripada netizen.

Pun begitu, menerusi laporan Berita Harian, pelantun lagu Lalai itu tidak melatah walaupun dikritik sebaliknya dia berkata mereka yang memberikan kecaman terhadapnya itu tidak berada di tempat kejadian.

Artikel berkaitan: ‘”Banned artis luar tapi artis kita” –  Persembahan Baby Shima Buat Ramai Terkedu?

Artikel berkaitan: “Itu sekadar gurauan” – Baby Shima Tak Sangka Orang Ambil Serius Bertanding Di PRN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

“Sebenarnya saya tak tahu video gelekan menjadi viral dan dilihat keterlaluan. Saya merasakan ia hanyalah gelekan biasa untuk persembahan dangdut.

Apa yang dikongsikan dalam laman sosial hanyalah potongan video persembahan diambil pelbagai sudut. Video yang viral diambil dari arah belakang, jadi kelihatan keterlaluan.

Sekiranya melihat persembahan secara ‘live’ mereka dapat lihat gelekan saya tidaklah teruk sangat,” katanya.

Malah, Baby Shima turut berkata sekiranya persembahannya di festival itu keterlaluan, sudah pastinya penonton akan beredar dari situ, sebaliknya rata-rata penonton kelihatan terhibur dan turut serta menari bersamanya.

Selain itu, dia juga berkata dia tidak berniat untuk mencabar mana-mana pihak dan dia menekankan dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang penghibur.

“Saya tak cabar mana-mana pihak, walaupun saya tahu apa sahaja yang dilakukan pasti ada yang tak kena di mata netizen.

Sedangkan jika mengikut dangdut sebenar, gelekan lebih dahsyat lagi. Apa yang ditonjolkan tak sampai 50 peratus,” katanya lagi.

Sebagai info, Baby Shima merupakan salah seorang peserta D’Academy Asia (musim 3) di Indonesia serta peserta Big Stage musim pertama di Astro Ria.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.