Penggemar komedi di Malaysia pasti jelas berkenaan pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 yang sudah berlangsung selama lima minggu.
Baru-baru ini, timbul isu apabila ketua juri MLM 2021, Rosyam Nor tidak memberikan sebarang ‘Ha’ untuk kumpulan Taici. Bagi yang tidak tahu, ‘Ha’ merupakan salah satu bentuk permarkahan untuk menilai prestasi peserta yang baru membuat persembahan.
Perkara itu secara tidak langsung menjadi akibat kepada kumpulan Taici yang terdiri dari Chiwan, Tapai dan Ilham tersingkir dari pertandingan pada malam tersebut.
Sehubungan dengan itu, Shahrol Shiro tampil memberikan sokongan kepada rakan-rakannya dalam industri komedi tanah air.
https://www.instagram.com/p/CWPJ2HOPz2p/?utm_medium=copy_link
Juri tak adil?
Dalam satu kenyataan di Instagram @shahrol_shiro, bekas juara MLM 2018 itu turut menyatakan kesalnya terhadap tindakan juri yang langsung tidak menyumbangkan sebarang ‘Ha’.
Hal ini dianggap tidak patut berlaku kerana ada antara mereka yang dilihat terhibur dengan persembahan kumpulan Taici.
Memang sangat tidak patut apabila dalam sejarah MLM tiada “Ha” dalam persembahan padahal ada 3 atau 4 punchline disitu yang mengena. Saya lihat juri pun tergelak tetapi tiada “Ha”.
Pernah berada dalam situasi sama
Bekas peserta Arena Panggang itu turut menambah yang sebarang usaha dari pelawak yang berhempas pulas di atas pentas perlulah diberi penghargaan.
Jika tak suka sangat pun berilah satu “Ha” tanda menghargai usaha mereka diatas pentas menghiburkan penonton.”
Dalam kenyataan yang sama, Shahrol berkongsi pengalamannya yang turut bersusah payah memikirkan idea persembahan ketika menyertai program komedi itu.
Menurutnya, perbincangan dengan rakan sekumpulan pernah dibawa sampai ke subuh dan dia kemudiannya perlu terus bersiap untuk ke konti radio demi tugasnya sebagai DJ.
Nilailah mereka seadilnya
Menutup kenyataan di laman Instagram, Shahrol memberi penekanan terhadap juri agar menilai peserta sewajarnya. Pelawak itu turut menyatakan juri perlu membantu peserta dengan menunjukkan kelemahan mereka untuk dibaiki di masa akan datang.
Macam orang bagi makanan tak sedap, bagitahu la apa yang tak cukup sama ada gulanya ke atau garamnya baru la boleh diubah masakannya bagi sedap”
Sebelum ini, salah seorang ahli kumpulan Taici ada menyuarakan kesalnya terhadap juri yang menilai melalui laman Instagram @chiwan_chilok.
https://www.instagram.com/p/CWMeJeYhXX1/?utm_medium=copy_link
Barisan juri MLM 2021 terdiri daripada Dato’ Rosyam Nor sebagai ketua juri, Noh Salleh, Uqasha Senrose dan Diana Danielle. Selain itu, program ini turut menampilkan juri misteri, ‘Sang Bara’ yang bersembunyi di balik penampilan seekor naga.
MLM 2021 berlangsung setiap hari Jumaat di Astro Warna dan laman strim Astro On The Go.
Sumber: Instagram
Baca: “Itu bukan saya” – Selepas Tauke, Nama Shahrol Shiro Pula ‘Dipetik’ Netizen Kes ‘Pelawak’ Ditahan