in

“Kalau rasa tak cukup jangan cakap saya tak bagi” – Fattah Amin Ada Bukti Bank Tak Culas Beri Nafkah

Ft Fa Respon Nafkah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan bekas isterinya iaitu Fazura yang mendakwa dirinya mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan tidak memberi nafkah.

Bagi menepis kenyataan tersebut, Fattah Amin tampil memberikan respon dan menegaskan bahawa dia mempunyai bukti transaksi bank yang dia memberikan nafkah kepada Fazura.


Artikel berkaitan : “Saya nafikan semua itu” – Fattah Amin Kesal Fazura Buka Aib

Artikel berkaitan : Fattah Didakwa Curang, Fazura Dedah 3 Sebab Punca Bercerai Dengan Suami

“Janganlah main sentimen ini. Saya ada bukti penyata bank mengenai ke mana wang saya dikeluarkan. Kalau rasa tak cukup, tapi jangan cakap saya tak bagi nafkah kerana sebagaimana yang kita semua tahu, nafkah adalah perkara asas dalam perkahwinan mengikut kemampuan.”

Dalam pada itu, Fattah juga menepis dakwaan Fazura yang kereta mewah milikya itu adalah hadiah pemberian daripada bekas isterinya itu.

Screenshot 2024 10 07 141703

“Dia (Fazura) hadiahkan kepada saya? Salah itu. Itu daripada syarikat kerana saya bekerja dengan syarikat Fazura. Semua orang tahu saya bekerja dengan syarikatnya. Gaji saya ditolak untuk membayar kereta Range Rover. Janganlah ungkit perkara tidak sepatutnya.”

Fattah juga meluahkan rasa kesal apabila anaknya, Nur Fatima Aisya terpaksa berdepan dengan episod ‘dingin’ dan perceraian mereka.

“Fatima tak sepatutnya berdepan keadaan seperti ini dalam keadaan umur baru empat tahun. Saya sangat kesal, anak terpaksa menerima situasi ini.”

“Cerita mengenai anak memang saya sedih. Bila jumpa saya memang nampak Fatima gembira dan mahu ibu dan ayah bersama di rumah.”

“Tapi, saya terpaksa tipu dengan beritahu saya keluar rumah sebab urusan kerja. Fatima menangis tak mahu lepaskan saya sampai tertidur. Itu yang buatkan saya kesal sebab perlu menipu anak.”

Berkenaan hak penjagaan anak, Fattah memberitahu, ia sepenuhnya di bawah Fazura, manakala dia mendapat hak lawatan dan bermalam.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.