Wanita mana yang tak happy kalau suaminya hadiahkan barang kemas ataupun perhiasan yang bernilai puluhan ribu ringgit kan? Kalau min pun tersenyum sampai ke telinga tau!
Inilah rezeki yang dimiliki wanita bernama Ellena Shazlin apabila suaminya telah menghadiahkannya beberapa utas barang kemas sebagai tanda kasih sayang. Berikut kisah pasangan ini yang telah viral di Facebook.
“Allah besar nyo… Rezeki dia sis. Suami buat surprise!”
Menerusi posting tersebut, suami Ellena katanya telah menghadiahkan wanita ini 2 utas gelang tangan emas bersaiz besar yang mana jumlah kedua-dua perhiasan tu bernilai RM76,700! Wow kebabom harga dia. Sebesar gelang tangan tu.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=527292608071361&id=100023718782704
Logiklah harga gelang tangan tu banyak tu kan, sebab katanya lebar gelang tu saja dah dekat 5.5 cm. Tak mainlah gelang emas kita yang nipis-nipis ni.
“Alhamdulillah rezeki tapi… menakutkan pakai besar macam ni”
Kebahagian Ellena ni nampaknya tak dapat dikongsi bersama netizen lain kerana rata-rata berpendapat pasangan ini sengaja mengundang perompak dan pencuri.
Malah ada juga yang menganggap tindakan memviralkan hadiah ini sangat tidak patut sebab ia mempamerkan sikap riak dalam diri. Pulak dah netizen ni… Jeles eh?
“Jangan terlalu riak walaupun nak tunjuk kegembiraan suami hadiahkan. Jika Allah nak tarik…”
Apa-apapun min rasa eloklah kita doakan yang baik-baik untuk pasangan ini. Itu rezeki dia dan suami. Kita ni kalau dapat hadiah kuih tepi jalan dari suami pun dah cukup happy dah.
Baca: Mak Pelik Tengok Barang Kemas Dekat Rumah Asyik Hilang Je, Rupa-rupanya…