• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Semasa

“Kalau pandang dengan mata kasar tak nampak” – Lelaki OKU Langgar Perintah Kuarantin, Pergi Pasar Raya Sorok Gelang Pink Bawah Jam Tangan!

by Sue Idris October 7, 2020, 11:43 am

ShareTweet
Gelang Pink Lagi E1629509769165

Viral di Twitter semalam tentang kisah seorang lelaki OKU cuba sorok gelang pink di bawah tali jam tangannya ketika beli belah di sebuah pasar raya dekat bandar Melaka, malam tadi.

Kisah itu turut viral melalui aplikasi Whatsapp dan difahamkan salah seorang saksi ketika itu yang sedang memilih ayam ternampak lelaki tersebut masuk sambil mendukung anaknya.

“Gelang pink tu memang takkan nampak kalau pandang dengan mata kasar. Dia SOROK bawah tali jam tangan. Kitorang ternampak sebab terpandang di dokong anak dan ada terkeluar sesuatu berwarna pink bawang jam tangan dia.”

Mesej1

Mesej2

Mesej3

 

Sepatutnya kuarantin sampai 15 Oktober depan!

Menurut laporan Harian Metro, lelaki (OKU) pendengaran berusia 43 tahun itu telah ditahan pihak polis malam tadi selepas beberapa orang awam di tempat kejadian berasa curiga melihatnya memakai gelang kuarantin Covid-19.

Sepasukan polis bergegas ke pasar raya terbabit selepas menerima maklumat dan berjaya menahan lelaki itu bersama isterinya. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata,

“Wanita berusia 34 tahun itu mengaku sebagai isteri suspek dan memaklumkan suaminya OKU pendengaran. Hasil pemeriksaan, lelaki itu masih memakai gelang tangan berwarna merah jambu yang mana tempoh kuarantin adalah dari 30 September lalu sehingga 15 Oktober depan.”

“Suspek juga gagal mengemukakan surat pelepasan perintah kuarantin Kementerian Kesihatan serta masih belum melakukan saringan kedua Covid-19. Susulan keadaan itu, suspek dipercayai melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari.”

Gelang1

Gelang3

Lelaki itu ditahan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit serta Peraturan 11(1) akta yang sama.

Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis sehingga tamat tempoh kuarantin di rumah. Polis dilaporkan akan melengkapkan siasatan itu sebelum merujuk kepada timbalan pendakwa raya.

Tolonglahhhh jangan risikokan nyawa orang lain…

Baca: Langgar Arahan Lagi! Kali Ini 2 Beradik Pakai ‘Gelang Pink’ Ditahan Beri Alasan Nak Kerumah Atuk

Gambar Hiasan 2

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Gambar Hiasan

Terkini

  • Nurin Alisa

    “Nurin memang ada depression” – Hadapi Tekanan Emosi Berpanjangan, Nurin Alisa Kini Dirawat Di Hospital

  • Moksu Bedak Sejuk Viral

    ‘Moksu Bedak Sejuk Viral’ Meninggal Dunia Selepas Terlibat Kemalangan

  • Inspektor Sheila

    Inspektor Sheila Ditahan Polis Gara-gara Bertelingkah Dengan Peniaga

  • Tiang Elektrik

    Gara-gara Lori Kontena, 70 Tiang Elektrik Tumbang Di Thailand

  • 8Anjing

    Polis Tangkap Lelaki Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Anjing

Video Terbaru

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

  • Thumbs Komando 3

    Disebalik Beret Hijau, Leftenan Youn Bongkar Realiti Latihan Komando | PotPetCast

Siaran Akhbar

  • Collage 22

    Pameran Barang Kemas Antarabangsa Malaysia (MIJF) ke-29 Kembali Berlangsung Di KLCC Pada Tahun 2026

  • Ft Banglo 289

    Imbau Nostalgia Masakan Kampung, Banglo 289 Tawarkan Menu Eksklusif Dalam Bufet Ramadan 2026

  • Maiwprun Header.jpg

    MAIWP RUN 2026: Ribuan Peserta Dijangka Berkumpul Di Dataran Putrajaya Untuk Acara Kecergasan Perdana

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

Terkini

  • Fazura

    “Siapa lagi mahu bersuara kalau bukan saya”- Fazura Kecewa Fatima Dikutuk Hingga Dipanggil Dengan Nama Bukan-Bukan

  • 667F4356 29Fd 4196 9445 Eb5Fe45Fafbe

    “Permulaan alam sinematik baharu” – Video Pendek Sofyank Buka Tirai Astro Shaw Cinematic Universe

  • Untung Dibelanja Makan Oleh Tokti

    “Aunty belanja!” – Netizen Puji Siti Nurhaliza Belanja Peminat Cilik Makan Di Restoran Mahal

  • Collage 12

    Rupanya Ah Beng & Liang Po Po Tak Berlawan, Tapi Bergabung Dalam Satu Filem Untuk Tahun Baru Cina Nanti

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube