in

“Kalau nak bagi aku anak meh sini, jangan pandai sembang” – Abang Tesla Respon Sebab Berpoligami?

ft abang tesla jawan kahwin 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai tindakan pempengaruh, Abang Tesla berpoligami dilihat semakin rancak dan bermacam-macam kecaman diberikan kepadanya. Ramai yang menyifatkan bahawa Abang Tesla ingin ‘menutup’ kecurangannya itu.

Oleh sebab itu, satu perkongsian di TikTok menunjukkan satu foto yang didakwa Abang Tesla membalas komen netizen yang mempersoal dan mempertikaikan tindakannya kahwin dua. Mungkin ini sekaligus alasan dia berpoligami?


Kalau nak bagi aku anak meh sini, jangan pandai sembang”

Bagi menjawab persoalan itu, Abang Tesla menyatakan bahawa tujuan dia berkahwin seolah-olah seperti satu alternatif untuk mendapatkan anak.

Screenshot 2023 08 22 161014

Dalam pada itu, pemilik video ini memberi respon kenyataan Abang Tesla dengan menemplak tindakannya itu. Pemilik video mempersoal jika punca lelaki itu tidak mempunyai anak adalah disebabkan oleh dirinya sendiri dan bukan disebabkan isteri.

Jelasnya lagi, ia mungkin satu ujian di mana Allah tak memberinya anak sebab mahukan Abang Tesla luangkan masa yang lebih bersama isteri serta memberikannya kesenangan setelah sekian lama bersusah payah untuk lelaki seperti Abang Tesla.

Malah, pemilik video turut mempertikaikan tindakannya yang tidak berikhtiar untuk mendapatkan zuriat.

Screenshot 2023 08 22 163230

Dalam masa sehari, video ini telah meraih lebih daripada 1 juta jumlah tontonan di TikTok dengan rata-rata mengecam tindakan Abang Tesla kerana kenyataannya itu seolah-olah nak menyalahkan isterinya menjadi sebab tak mempunyai anak.

Tak cukup dengan itu ada yang membandingkan pempengaruh itu dengan Beto Kusyairy lebih menghargai isteri dan menerima takdir seadanya.

Baca : “Isteri ada fitrah tak boleh berkongsi” – Pesanan Kaunselor Buat Suami Yang Terinpirasi Dengan Abang Tesla

kaunselor tegur abang tesla

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.