Sedar tak sedar, ejekan atau lawak body shaming ni macam dah jadi normal pulak. Kadang-kadang, niat nak bergurau pasal fizikal seseorang tapi sebenarnya lawak tu boleh sakitkan hati dan buat orang kemurungan.
Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil inisiatif ini untuk mengingatkan orang supaya jangan ejek atau malukan orang berdasarkan penampilan luaran.
Body shaming adalah jenayah buli siber. Mangsa boleh buat laporan polis atau kepada SKMM.”

Sejak kebelakangan ni, ramai orang dah lebih peka dengan masalah kesihatan mental; so, tindakan kerajaan ni adalah antara effort untuk mengurangkan masalah tekanan mental. Sebab, menurut KKM, tindakan mengejek rupa paras ni boleh memberi kesan yang buruk pada mangsa.
https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1184234318886924288
Kalau korang degil jugak and still suka sangat nak buat lawak pasal fizikal seseorang, korang boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Haa nak ke?
“Sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM50K atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.”
“Mulut bau bangkai atau badan berbau tu kira macam mana”
Pengumuman dari KKM ini telah mendapat pelbagai reaksi dan soalan dari netizen.

Tak kurang juga ada yang berkongsi macam mana body shaming boleh beri kesan kepada kesihatan mental dorang.

So korang, lepas ni hati-hatilah sebelum keluarkan apa-apa statement. Be nice to each other okay?
Baca: “Kelibat seekor badang masuk kedai pizza” – Wanita Dibahan ‘Gemuk’ Dalam Group Whatsapp Kerja

