Netizen sekarang sanggup buat apa sahaja demi nak dapatkan retweet sampai lupa boleh makan diri macam seorang netizen ni.
Serius tak tipu!”
Seperti yang kita sedia maklum, semalam telah berlangsungnya pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Disebabkan itu, sebelum perlawanan, individu ini ada buat kenyataan berani mati janjikan nak bagi RM 5 untuk setiap seorang yang retweet janji dia tu.

Malah sebelum perlawanan tu bermula, dia siap perli-perli pasukan Harimau Malaysia seolah-olah macam tak ada harapan nak menang.
Masa perlawanan siap mention lagi Malaysia tu dah ‘kena’.
Hasilnya, Harimau Malaya telah berjaya tumpaskan Thailand 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, terus nak berdalih.
Dari hasil kemenangan tu, ramai yang tuntut janji daripada pemuda ni, siap ada yang tolong kirakan lagi. Ceh! Terus berdalih kata ada orang hack! Hahahahaha!
Bayangkan tak dapat masuk syurga sebab tak bank in kan RM5 untuk semua yang retweet – Netizen
Masa ni jumlah retweet naik mendadak!
Kes betting di media sosial ini bukanlah satu perkara baru pun, sebelum ni siap ada yang janji nak lari bogel satu KLCC lagi.
Malah kes pemuda ni pun dia saja-saja je, dan netizen lain pun faham yang ia hanyalah gurauan semata-mata.