in

Kalau Korang Tertanya Kenapa Bangun Pagi Mulut Bau Busuk, Ini Jawapan Dari Doktor Gigi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lazimnya, selepas kita bangun tidur, kita perasan yang air liur dan mulut kita akan berbau yang agak kurang menyenangkan. ‘Air liur basi’ yang keluar ketika tidur ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak atau bayi, malah orang dewasa pun turut terlibat sama.


Jangankan ketika tidur malam, terlelap dalam kelas di waktu siang pun air liur masih mampu meleleh ‘cantik’ di tepi pipi. Namun, pernahkah kita terfikir, kenapa air liur basi dan mulut kita selepas tidur selalunya berbau busuk?

Menurut satu perkongsian di Facebook oleh Dr Mohd Khairul Izwan, salah satu fungsi air liur adalah untuk menyeimbangkan pH di dalam mulut kita dan ketika kita tidur dalam tempoh waktu yang lama, aliran air liur di dalam mulut akan menurun kerana tiada pergerakan aktif daripada otot mulut.

Walaupun kita memberus gigi, namun secara normal mulut kita akan tetap didiami oleh pelbagai spesis bakteria. Koloni bakteria ini disebut sebagai “flora normal” mulut.

Secara tidak langsung, apabila aliran air liur di dalam mulut menurun ketika tidur, aktiviti bakteria di dalam mulut pula akan meningkat menyebabkan mulut kita menjadi lebih berasid.

Tindak balas flora normal bakteria di dalam mulut ini akan menyebabkan air liur kita berbau busuk ketika bangun daripada tidur. Air liur inilah yang disebut sebagai air liur basi. So inilah punca mulut kita berbau…

Beliau turut menekankan bertapa pentingnya untuk kita memberus gigi setiap malam sebelum tidur bagi mengelakkan sisa makanan berkumpul di dalam mulut.

Walau malas macam mana sekalipun, pastikan anda tidur dalam keadaan anda telah memberus gigi setiap malam ya”

Menurut Dr Khairul Izwan lagi, sisa makanan didalam mulut boleh meningkatkan aktiviti bakteria berlipat kali ganda ketika kita tidur, dan menghasilkan asid yang lebih banyak dan meningkatkan risiko terjadinya kerosakan gigi atau gigi berlubang.

Baca: “Kalau mulut bau bangkai kira macam mana?” Netizen Suka ‘Body Shaming’ Boleh Masuk Penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.