in

“Kalau ikut hukum salah tapi…” – Hafiz Suip Mengaku Warna Rambut Hijau Untuk Publisiti

Hafiz Suip Warna Rambut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekitar Oktober lalu, penyanyi Hafiz Suip menjadi bualan hangat netizen apabila memuat naik foto dengan penampilan rambut berwarna hijau.

Baru-baru ini, Hafiz atau nama penuhnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip tampil memberi penjelasan imej berambut hijau itu hanyalah gimik semata-mata demi single terbaharunya berjudul, Terus Bersinar.


Katanya, tindakan itu dibuat disebabkan lumrah zaman sekarang di mana masyarakat banyak menumpukan perhatian terhadap isu-isu sensasi.

Artikel berkaitan: “Kalau ada tersalah cakap, tersimpan dendam…” – Nampak Makin Susut, Hafiz Suip Mohon Maaf Kepada Segelintir Pihak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Suip (@hafizsuip)

“Dulu saya tidak seberapa sangat dengan media sosial. Saya hanya ada Instagram dan Facebook ahaja. Tapi sekarang saya dah ada TikTok. Sebabnya, saya rasa ia penting untuk kita yang bekerja dalam industri ini, untuk market diri kita.

“Tak dinafikan, sekarang ramai yang sukakan perkara sensasi. Saya boleh sahaja beritahu ‘Hafiz Suip akan lancarkan single baharu’. Orang akan tengok dan cakap, oh Hafiz Suip. Itu sahaja.

“Tapi bila saya warnakan rambut, ia akan buat orang triggered,” katanya.

Meskipun mengakui perkara yang dilakukan itu salah di sisi agama, pelatun Kisah Cinta Kita itu menjelaskan tindakan tersebut hanya atas dasar sebagai seorang penghibur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Suip (@hafizsuip)

“Kalau ikut hukum salah sebenarnya. Tapi kita bercakap dalam dunia hiburan, melainkan kita berada dalam masjid, barulah kita bercerita pasal agama dan hukum hakam.

“Ini cara saya raih publisiti dan buat masa sekarang, ini adalah cara untuk kekal relevan. Kalau ikut stail lama, takkan dapat perhatian daripada orang,” katanya lagi.

Sebelum ini, Hafiz menjelaskan warna rambut tersebut hanya bertahan selama lima hari sahaja kerana tidak mahu memberi pengaruh kurang baik kepada anak sulungnya.

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.