Isu mengenai perlaksanaan semula PLKN jadi semakin rancak diperkatakan selepas saranan untuk memilih golongan pempengaruh dalam fasa pertama. Antara nama pempengaruh yang disarankan itu adalah Azfar Heri, Imran Bard, Kieda Crepe dan Ajibtoo.
Isu tersebut mendapat perhatian daripada Khairul Aming, dia sempat berseloroh yang mengatakan sesiapa yang akan dapat sama dorm dan sama tempat dengannya jika dipilih, boleh menikmati resepi baharu sepanjang 45 hari dan mendapat sambal percuma.
Artikel Berkaitan : Netizen Cadang Influencer Masuk PLKN, Ini Respon Khairul Aming & Azfar Heri
Artikel Berkaitan : Kecoh Isu PLKN, Kementerian Pertahanan Beri Penjelasan Isu Had Umur Hingga 35 Tahun
Tidak cukup dengan itu, Imran Bard dan Azfar Heri juga ada memberikan respon dengan membuat satu video parodi memberikan situasi seandainya mereka berdua berada di PLKN 3.0.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Noreen juga turut memberikan respon, jelasnya, dengan keadaan dirinya agak mustahil untuk menjalani latihan tersebut, malah dia juga mengatakan bahawa dia kini alami slipped disc.
Apa yang paling mencuit hati sekali adalah, Noreen mengatakan bahawa seandainya namanya tetap dipilih, dia menyatakan bahawa dia akan mengandung setiap tahun.
https://www.tiktok.com/@norreen143_/video/7296813589699104007?_r=1&_t=8h2aQghMKIL
Pihak kementerian baru-baru ini ada tampil memberi penjelasan. Jadi, jangan risau ya, kita yang dah masuk 30 an ni takkan terpilih dah.
Sumber : TikTok