in

“Kalau craving takyah masak” – ‘Port’ Makan ‘Nasi Kahwin’ di Bukit Bintang KL, Ramai Serbu Sanggup Beratur!

Nasi Marriage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang tiba-tiba craving makanan kenduri kahwin? Tapi, time PKP ni majlis kahwin pun kena terhadkan tetamu dan korang tak dapat jemputan? Nak masak macam malas sebab leceh dan banyak step?

Admin ada penyelesaian untuk korang? Ini dia ‘port baek’ kalau korang nak dapat makan juadah yang selalu dihidangkan kepada tetamu ketika majlis perkahwinan orang Melayu.


Nasi2

N3

Nasi9

Yes, korang boleh pergi check out gerai Nasi Kahwin Hari-Hari yang menyediakan makanan kenduri kahwin di utara! Setiap hari mereka akan jual nasi hujan panas, ayam rose terangkat, ayam dua madu, daging masak hitam dan dalca utara serta acar timur.

Walaupun gerai kecil di tepi lorong tapi dekat sini ada disediakan meja dan kerusi namun ianya terhad. Jadi kebanyakan orang akan datang beratur dan bungkus saja sebab taknak lepaskan peluang rasa nasi kahwin ni.

Nasi10

Nasi4

Nasi7

Gerai ini terletak di Jalan Berangan, Bukit Bintang dan akan menyediakan menu tambahan pada setiap hari Jumaat sahaja. Dibuka setiap hari kecuali Ahad, korang boleh dapatkan nasi kahwin di sini dari pukul 10.30 pagi hingga 5.30 petang. Tapi, hari Sabtu dorang buka awal tau, pukul 7.30 pagi dah boleh datang makan sini!

Lepas makan, bolehlah sejukkan tekak dengan Ais Kacang Kampung Mat Wi dengan harga RM3 semangkuk. Kalau korang tak sabar nak rasa, boleh pergi jengah esok sebab Jumaat kan ada menu tambahan!

Nasi11

Paling penting, make sure korang jaga social distancing dan pakai pelitup muka waktu beratur nak beli nasi kahwin ni tau! Oh, kalau nak tahu macam mana nak ke lokasi tu, dorang ada buat video dekat Facebook untuk pelanggan refer.

Nasi1

Nasi

Alamat: No 8, Jalan Berangan 50200 Kuala Lumpur

Facebook: Nasi Kahwin Hari Hari

Baca: “Sebab ramai tak pakai mask” – Kecewa Ramai Tak Ada Kesedaran, Restoran di India Cipta ‘Roti Canai Face Mask’

Roti Face Mask

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.