in

“Kalau boleh nak jumpa sendiri…” – Aliff Syukri Simpati, Netizen Puji Niat Nak Bantu Adik Ainul

Adik Ainul Mardhiah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Trend viral di media sosial zaman sekarang ni ada baik dan buruknya. Antara kesan baik adalah seperti mendapatkan bantuan atau sumbangan kepada yang memerlukan.


Baru-baru ni, ada viral pasal kisah seorang bayi kecil yang sedang sakit dan telah mengundang rasa hiba dan simpati dari pelbagai pihak. Semalam, bapa kepada bayi tu, Ahmad Safiuddin ada update status dekat Facebook menceritakan rentetan dan kronologi kes yang menimpa anaknya.

 

Ainul Mardhiah nama diberi, lahir pramatang

Isterinya melahirkan Ainul ketika usia kandungan 31 minggu di Hospital Besar Melaka pada 13 Ogos 2018.

Adik Ainul 1
sumber: facebook

 

Doktor beritahu ada ketumbuhan terkeluar dari mulut

Whatsapp Image 2019 04 10 At 12.09.44

Whatsapp Image 2019 04 10 At 12.09.45

 

Ada berita baik dan berita buruk

Whatsapp Image 2019 04 10 At 12.09.45 1

 

Diuji Allah, ketumbuhan keluar kali kedua

Ketika keluarga mereka mula merasa sedetik kebahagiaan, mereka dikejutkan dengan berita ketumbuhan Ainul timbul semula buat kali kedua sebulan selepas pembedahan.

Adik Ainul 2
sumber: facebook

 

Doktor kata kanser, kena jalani chemo

Whatsapp Image 2019 04 10 At 12.09.46 Whatsapp Image 2019 04 10 At 12.09.47

Perkongsian bapa Ainul tu dapat perhatian ramai warganet. Hingga kini, status tu dah dapat lebih 2,100 perkongsian dan antara yang bersimpati mahu menghulurkan bantuan adalah Aliff Syukri.

Aliff melalui Instagram dia ada menyatakan hasrat untuk jumpa sendiri adik Ainul dan mahu bantu keluarga itu.

“Apa nama adik ini yaa… siapa kenal adik ni?? Kalau boleh saya nak jumpa adik ni sendiri… Saya amat kesian dengan nasib adik ni dan ingin membantu apa yang perlu untuk beliau… Siapa yang kenal atau mempunyai number telefon adik ni sila pm saya.. Insyallah saya cuba yang terbaik dengan rezeki apa yang saya ada…”

Netizen memuji niat murni Aliff dan ada yang terus sertakan maklumat bapa adik Ainul untuk dihubungi. Ramai yang berharap dengan bantuan Aliff, adik Ainul akan dapat sembuh dan sihat.

Aliff Syukri

Komen Aliff
sumber: instagram

Tapi, dekat status tu bapa Ainul ada maklumkan yang dia tidak lagi menerima sumbangan kerana sudah terima terlalu banyak daripada orang ramai.

Whatsapp Image 2019 04 10 At 12.09.48

 

Apa-apa pun, harap niat Aliff Syukri untuk bantu diterima baik oleh bapa adik Ainul. Mungkin mereka akan berjumpa dan berbincang untuk kesembuhan adik Ainul.

Baca: “Hanya doa dan air mata yang mampu kami buat setakat ini” Ibu-ibu Pesakit Epidermolysis Bullosa (EB) Rayu Bantuan Alatan Dressing Anak Sebab…

Feat 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.