Selepas kontroversi didakwa di mahkamah dengan 45 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ni di Dewan Rakyat kembali dengan kontroversi terbaru.
LGBT punca bencana di Palu?
Menurut Free Malaysia Today, Ketua Pembangkang ni mengaitkan kejadian di Palu, Sulawesi dengan gejala LGBT sebagai punca gempa bumi dan tsunami yang melanda negara seberang tersebut.
Di samping itu, beliau juga suarakan kebimbangan terhadap situasi LGBT di Malaysia dan mempersoal pendirian Putrajaya terhadap golongan itu.
“Akibat itu, seluruh tempat itu diranapkan dan ini adalah hukuman Allah.
“Soalan saya ialah apa langkah diambil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memastikan keberkesanan program (dalam menangani isu LGBT), memastikan rakyat Malaysia, khasnya mereka yang menolak LGBT dikecualikan daripada hukuman Allah?” katanya.
Syed Saddiq ‘sound’ Zahid
Tidak senang dengan kenyataan yang dikeluarkan Presiden UMNO, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dilihat macam persoalkan kenyataan itu di laman Twitternya sebentar tadi.
Saddiq menyindir halus sama ada orang yang mengambil rasuah dan bersekongkol curi duit rakyat tu dikenakan bala ataupun tidak. Amboi, marah betul YB Saddiq!
Kalau makan rasuah dan bersekongkol dengan mereka yang mencuri duit rakyat macam mana pula? Bala turun ke tak ?
Di KBS dah 12orang ditahan oleh SPRM. Dalam UMNO ja dah terlalu banyak sampai dah hilang kiraan.
Tak pula saya dengan bala akan turun kerana pencuri. https://t.co/qTMbRsw6G7
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 23, 2018
“Apsal bro Saddiq selalu sentap berkaitan LGBT”
Walau bagaimanapun, posting yang mendapat lebih 800 retweet dalam masa beberapa jam ni menerima respon yang bercampur-campur.
Rata-rata netizen rasa macam tak wajar Saddiq membalas kembali kenyataan Zahid kerana LGBT dan rasuah adalah dua perkara berbeza. Ada jugak yang persoal kenapa YB Saddiq cepat naik angin kalau bercakap tentang LGBT? Emmm payah jugak nak jawab ni.
Apa-apapun sama ada rasuah atau LGBT, kedua-dua berdosa bagi mereka yang mengamalkannya. Semoga rakyat ambil dua-dua kenyataan MP ni sebagai satu peringatan.
Baca: Gara-gara Menyampuk Perbualan KJ dan Syed Saddiq, Tak Pasal-pasal Papagomo di C-yalkan