in

“Kalau benda kecik pun boleh tipu” – Caprice Buka Mulut Isu Didakwa Tepis Ebit Lew, Netizen Siap Ulang Video

Caprice Ebit Kes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam satu sesi live yang diadakan Ustaz Ebit Lew semalam mengenai kontroversi yang tercetus mengenainya, dia telah menjawab beberapa perkara melibatkan Caprice yang dikatakan kini ‘dingin’ dengan pendakwah tersebut.

Menurut Ustaz Ebit, menerusi hujung pertemuannya dengan Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli, 33, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan rapper tersebut, lapor mStar.


Ebit Live

Saya ajak dia makan tiba dia kata tak nak makan, saya dah hairan. Dia nak salam saya, dia suruh saya doa. 

“Saya salam macam biasa seperti sebelum ini. Apabila peluk tu dia macam dah lain sikit dah, macam dia tolak sikit. 

“Saya tepuk dada dia, tiba-tiba dia tepis tangan saya,” cerita Ustaz Ebit dalam sesi live semalam.

 

“Kalau benda kecik pun boleh tipu” – Caprice 

Penjelasan tersebut walau bagaimanapun telah mendapat respon Caprice yang mengatakan dia telah berhubung dengan peguamnya dan tidak dibenarkan menjelaskan lagi perkara ini satu persatu.

Kalau benda kecil pun boleh tipu, apa lagi benda besar. InsyaAllah peguam saya sudah mengarahkan supaya tidak menjelaskan satu persatu,” katanya dalam satu instastory.

Caprice Peluk Ebit

Menerusi instastory itu juga, dapat dilihat Caprice berkongsi DM daripada followersnya yang kembali berkongsi video pertemuan rappers tersebut dengan Ustaz Ebit Lew yang disifatkannya dalam suasana yang baik.

“Saya tonton video ini berulang kali, saya tak nampak anda menolak atau menepis pelukan seperti yang didakwa Ustaz Ebit Lew,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CQyRnx8Bx8v/

Apa-apapun diharapkan adalah jalan keluar dari kemelut yang melanda mereka ini dan semoga mereka kembali berbaik-baik semula seperti dahulu. 

Baca: “Saya takkan pernah menipu atau sebar fitnah dalam bab kemajuan islam” – Caprice

Caprice 2

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.