in

Kalau Ada 7 Perangai Ni, Korang Memang Tak Patut Beli Tesla Sebab…

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Tesla dah buka penjualan kereta dorang dekat Malaysia ni, mesti korang ada berangan-angan macam nak beli jugakkan? Yelah, pakai kereta elektrik ni boleh jugaklah jimat tak payah pakai petrol lepastu pulak elok untuk persekitaran.

Tapi, kereta elektrik macam Tesla ni bukan untuk semua orang. Kalau korang tengah fikir untuk tukar kepada kereta elektrik, korang kena pertimbangkan banyak perkara, jadi kalau korang ada perangai pemandu macam dekat bawah ni, dah bolehlah batalkan niat tu…


1. Tak suka teknologi baru

Istock 638421374

Salah satu kelebihan Tesla ini adalah teknologinya yang canggih. Contohnya, kereta ini didatangi dengan skrin sentuh untuk membantu korang mengawal fungsi asasnya serta sistem navigasi yang hebat.

Tapi Tesla tak sesuai untuk orang yang smartphone pun tak pernah tukar bertahun-tahun dan tak pernah nak upgrade kalau ada gajet yang terbaru dan lebih canggih di pasaran.

2. Risau ada penarikan semula

E3800320 Ae44 11Ed A37B B73E16Cab551

Kalau korang nak tahu, ada beberapa kenderaan keluaran Tesla yang menerima notis penarikan semula kerana mengalami beberapa isu seperti tali pinggang keledar tak berfungsi dan masalah bantuan kemudi. Malah, ada beberapa kebakaran berprofil tinggi baru-baru ini melibatkan Tesla.

Jadi kalau korang tak nak risau kereta korang ditarik semula, mungkin korang patut pakai kereta yang boleh dipercayai sahaja. Korang boleh semak online tentang penarikan semula ini bila korang tengah buat research pasal kereta dan model apa yang paling sesuai.

3. Risau tak ada tayar ganti

Img 3561

Selama ni korang takdelah risau sangat kalau-kalau terlanggar lubang dekat atas jalan sampai tayar bocor sebab dekat dalam bonet ada tayar spare. TAPI, kenderaan yang dikeluarkan oleh Tesla tak ada tayar spare tau!

Syarikat ini buat keputusan untuk tak letakkan tayar ganti sebab nak kurangkan berat tambahan dan adakan ruang bonet yang lebih luas.

Alamak, sia-sia betul kalau pancit ni.

4. Takut tak jumpa tempat nak cas kereta

Commercialcharging Hero Desktop

Kalau minyak dah berkelip korang cepat tak gelabah bila tak jumpa stesen minyak yang berhampiran? Ini merupakan isu yang besar untuk pemandu yang terfikir untuk tukar kepada kereta elektrik. Jadi korang akan sentiasa risau lagi-lagi nak jalan jauh bila korang tak tahu dekat mana ada tempat nak cas kereta.

Tapi sekarang tempat nak cas pun makin banyak dan mungkin lagi senang untuk korang cari lepas ni. Cuma rasanya kena tunggu beberapa tahun lagi kot baru rasa selamat dan tenang sikit nak bawa kereta.

5. Takut bil elektrik melambung

101796412 3069017196469451 1185518454107309713 N

Beli kereta elektrik ni sama jugaklah macam kita beli barangan elektrik baru, bil mesti akan naik punya. Jadi kalau rumah korang ada banyak peralatan elektrik yang menggunakan tenaga yang kuat atau rumah korang besar dan perlu pakai elektrik yang banyak, Tesla akan menyebabkan bil elektrik yang memang dah tinggi tu jadi semakin tinggi.

Dengan harga Tesla yang boleh tahan mahalnya, korang juga patut masukkan kos elektrik bila korang buat pertimbangan nak beli kereta elektrik atau tidak. Jangan sampai terduduk pulak sebab nak ikut trend!

6. Tak suka pembaikan rumit

20170520 Teslamanufacturing.jpg

Memandangkan Tesla ni menggunakan teknologi yang canggih, sekiranya ada kerosakan, cara pembaikannya mestilah lebih rumit dari kereta biasa kan?

Bukan tu je, nak dapatkan sparepart dia pun susah lagi-lagi bila tak ramai orang guna. Lepastu, tak semua bengkel ada mekanik yang tahu cara nak repair Tesla ni. Last-last korang yang sakit kepala.

7. Kuat berjimat

Shutterstock 562292047 E1570907426530

Tesla bukan kereta yang bagus untuk orang yang nak beli kenderaan mengikut bajet. Mana tidaknya, Tesla Model Y paling murah dijual pun dah cecah RM199,000 apa lagi kalau nak buat tambahan-tambahan lain.

Kalau korang banyak duit dan tak kisah sangat berbelanja lebih memang ok sangat untuk beli Tesla, tapi kalau setakat menambah hutang baik tak payahlah…

Kesimpulannya, kalau korang nak jimat duit petrol, kereta elektrik mungkin salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan. Tapi kereta ni juga kenalah sesuai dengan keperluan harian.

Contohnya kalau korang seorang yang bekerja keras dan jenis lepas pencen dah tak nak buat kerja, beli kereta mahal seperti Tesla ni akan buatkan plan korang terganggu.

Jadi, sebelum korang buat keputusan terburu-buru, korang buatlah kajian dulu. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.

Sumber: Finance Buzz

 

Baca: Elon Musk Berminat Tambah Pelaburan Di Malaysia, Bakal Jumpa PM Minggu Depan

Screenshot 2023 07 31 At 5.32.46 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.