Sebelum ni rasanya ramai mungkin pernah dengar tentang kisah penduduk di Pulau Mabul yang hidup dalam kedaifan dan sering meminta makanan daripada pelancong yang berkunjung ke sana.
Mereka ini adalah digelar sebagai ‘stateless citizen’ kerana nak kata rakyat Malaysia pun bukan, jadi rakyat Filipina pun bukan. Jadi hiduplah mereka di atas laut dalam kemiskinan.
“Jarinya menuding ke cup bubur nasi segera yang hampir dibuang. Kak Pah tenung wajah sayu dia lalu…”
Baru-baru ni seorang anggota sukarelawan yang telah berkunjung ke Pulau Mabul bersama beberapa badan NGO telah berkongsi kisah menyentuh hatinya ketika bertemu dengan dua adik beradik yang kelaparan.
Berikut perkongsian sukarelawan Natipah Abu di Facebook.
“LALU NIKMAT MANA YANG KAU DUSTAKAN …
“Bubur nasi segera ni hampir Kak Pah buang … sbb lepas masuk air panas, rasanya tawar dan tak sedap. Tiba-tiba dia memanggil …
“Kakkk .. mintak makan !”
“Dah abisss … nanti datang ..”
Kak Pah bangun dari meja di anjung chalet kami, hendak menuju ke tong sampah. Dia yang berpaut pada tiang pelantar anjung terus merayu..
“Kak … mintak makan ….”
Jarinya menunding ke cup bubur nasi segera dalam tangan Kak Pah yang hampir dibuang. Kak Pah tenung wajah sayu dia … lalu menghulurkan cup bubur segera tu tanpa mahu berfikir panjang lagi.
“Apa yang terjadi selepas tu buat Kak Pah hampir jatuh air mata ….”
Sebaknya tengok dia suap adiknya…
“Tak sedap pada kita tapi sangat lazat pada mereka. Sabarnya dia melayan adiknya”
Situasi kanak-kanak tersebut dilihat sangat desperate mahukan makanan telah menimbulkan keinsafan di kalangan netizen ramai. Kalau bagi kita makanan itu tak sedap atau jelik, tapi bagi anak-anak ini… itulah makanan yang paling sedap mereka pernah rasa.
Admin tetiba rasa bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang yang diberikan Tuhan ni…
Meskipun mereka ni dalam kesusahan dan tak ramai yang ambil tahu tentang kehidupan masyarakat di Pulau Mabul, admin rasa bersyukur sangat kerana masih ada lagi NGO-NGO yang prihatin dan berbesar hati dalam membantu.
Semoga Tuhan merahmati usaha yang dilakukan sukarelawan di sana. Keep inspiring!