in

Kaki Judi Senyap-senyap Guna Nama Isteri Buat Pinjaman Lebih RM180,000

Ft Suami Kaki Judi Hutang Guna Nama Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita dari Indonesia yang dikenali sebagai Indriyani tuntut cerai setelah mendapati bahawa suaminya itu seorang kaki judi sampai berhutang sebanyak lebih daripada Rp600 juta (RM 180,673.67). Memetik laporan Kompas, Indriyani membuat tuntutan itu di Mahkamah Agama Cinibong, Bogor.

“Kalau kerugian peribadi saya sendiri cuma Rp 20 juta (RM6,022.46) sampai Rp 30 jutaan (RM 9,033.68) ya, tapi kalau total kerugian semuanya boleh sampai Rp 600 juta-an.”


Jelas Indriyani di laman sosial miliknya, pada awalnya dia tidak tahu menahu yang suaminya itu ketagih judi. Namun sepanjang tempoh perkahwinan selama 4 tahun ini, suaminya itu kerap minta duit dengannya dengan memberikan macam-macam alasan.

Antara alasannya ialah terkena pukau masa bawa duit kawannya dan terpaksa ganti rugi. Dalam masa yang sama, Indriyani tidak sedar yang suaminya ada curi-curi menggunakan telefon bimbit miliknya untuk membuat pinjaman secara online atas namanya.

“Simpanan saya dan pinjaman online atas nama saya. Duit simpanan diambil saya tahu, cuma alasannya untuk bayar hutang kawan kerana di bagi alasan duit kawan yang dia bawa hilang sebab kena pukau.”

Indriyani sebelum ini ada rasa curiga tapi biarkan sahaja, namun rasa sangsi semakin membuak apabila dia menerima satu hamper yang dihantar oleh syarikat penjudian online.

“Pada awalnya saya sama sekali tak tahu kalau dia main slot, tapi makin hari makin banyak hutang yang perlu dilangsaikan. Tiba-tiba masa hari natal tepat pada tanggal 25 Disember 2022 ada paket untuk dia,” ujarnya.

“Ternyata itu hamper dari admin slot. Awalnya dia tak mengaku, sebab saya tertanya-tanya saya cuba geledah Whatsappnya dan benar saya ada menemui chat dia dengan admin slot itu,” katanya lagi.

Disebabkan sikap suaminya itu, beberapa aset terpaksa digadaikan Susulan itu, perceraian merekatelah dijalankan dan disahkan oleh pada Julai 2023. Namun, Indriyani masih berjuang melangsaikan sisa hutang yang dibuat oleh suami kerena menggunakan namanya.

Baca : Berhutang Sampai RM 87K, Wanita Tumbuk &Pukul Bekas Suami Guna Pengikis Simen

Isteri Pukul Suami Hutang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.