in

“Kaki adik ada di syurga” – Ibu Pujuk Anak OKU Buat Ramai Netizen Sebak

Cats123

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam hidup ni, kita mesti pernah nampak orang kurang upaya (OKU) di sekeliling yang kehilangan anggota badan, tak kisahlah sama ada dari lahir ataupun tidak. Yang pentingnya, kita sesama manusia perlulah menghargai serta menyokong mereka dalam kehidupan.

Baru-baru ni, seorang ibu berkongsi kisah anak perempuan OKU-nya kepada Harian Metro yang mengundang sebak buat ramai netizen.


R1

Menurut Noraini Muhamad, anak perempuannya yang bernama Anis Ayra itu mempunyai kecacatan fizikal di mana tapak kaki kanannya tiada manakala kaki kirinya hanya ada tiga jari sahaja. Walaupun begitu, dia berkata bahawa anaknya itu tak pernah rasa rendah diri dengan keadaannya.

“Anis Ayra mempunyai sisi positif yang kuat apabila tidak pernah berasa rendah diri dengan keadaan dirinya biarpun sebelum ini menangis kerana jarinya tidak boleh membengkok seperti rakan seusia lain.

Tambahnya lagi, Anis merupakan anak yang mesra dan tidak sedih secara berlebihan. Tapi, apa yang buat Noraini sebak adalah bila anaknya itu sering cakap yang kakinya ‘tercabut’ kepada ibunya.

Artikel berkaitan: “Malu nak lari depan orang” – Kisah Anak OKU Semangat Habiskan Larian Bikin Sebak

Artikel berkaitan: “Kasih ibu tiada ganti” – Wanita 60 Tahun Jadi Vlogger Makanan Untuk Besarkan 2 Orang Anak OKU

R2

“Anis Ayra. anak yang mudah mesra dan memahami keadaan diri yang tidak sempurna seperti kakak dan abangnya, tetapi dia tidak sedih berlebihan. Cuma dia suka cakap kaki kanan dia ‘tercabut’ dan mendengar itu memang buat saya sebak.”

Namun begitu, Noraini bertindak kuat untuk memujuk Anis dengan mengatakan bahawa kaki anaknya itu berada di syurga dan sedang menunggunya. Bila dengar saja ibunya cakap macam tu, Anis terus berasa gembira dan boleh menerima keadaan dirinya.

Ibunya juga menceritakan yang anaknya menjalani rawatan rehabilitasi sejak berumur setahun untuk menggalakkannya pakai kaki palsu. Akan tetapi, Noraini berpendapat bahawa anaknya itu boleh saja berjalan dan berlari tanpa menggunakan kaki palsu cuma tak sempurna macam orang lain.

“Namun Anis Ayra tidak berasa rendah diri dan tetap kuat semangat.”

Kekuatan adik Anis Ayra yang masih kecil ni memang patut kita contohi dalam kehidupan. 

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.