in

“Kakak dah tak cantik” – Muka Gadis Berlubang Tercucuk Cermin Mata Lepas Cuba Elak Ayam Melintas

Collage 23

Malang tak berbau, begitu juga dengan kemalangan yang dilalui oleh gadis ini gara-gara nak elak dari langgar seekor ayam yang tengah melintas jalan.

Menurut mStar, pada hari kedua Ramadan, Norli Inas Syafiqah telah terlibat dalam satu kemalangan semasa dia dalam perjalanan menaiki motosikal untuk mengedarkan taqwim berbuka puasa pada masjid dan orang kampung.

Kalau korang nak tahu, akibat dari kemalangan ni, muka Norli berlubang kerana tercucuk cermin mata yang dipakainya. Bukan itu saja, tulang belakangnya retak, tulang rusuk patah satu, pergelangan kaki patah dan pendarahan dalam hati hingga menyebabkan organ tersebut membengkak. Allahu

D6P734Juuaadpug
Sumber: twitter

Adik kepada Norli, Aniesa telah memuatnaik kisah kakaknya ini di Twitter. Dia meminta jasa baik netizen untuk mendoakan agar kakaknya ini sembuh.

Menurutnya, Norli merupakan tulang belakang keluarga dan dia membantu menyara keluarga kerana tiga adiknya masih sekolah manakala dua orang lagi masih kecil. Bapa mereka pula merupakan seorang nelayan dan sekarang tak turun ke laut kerana cuaca tak mengizinkan.

Menerusi temubual bersama mStar, Norli berkata kakaknya membuat dua kerja untuk membantu keluarganya.

“Kakak buat dua kerja, dia jadi juruwang kedai dan kerja separuh masa di syarikat yang bawa orang pergi umrah dan haji.”

Walaupun cedera parah, Norli tetap optimis dan kuat. Dia berazam untuk kumpul duit dan beli kereta kerana fobia nak naik motosikal.

“Kakak takmau bawak moto, Jual moto tu. Nanti bapa tlg hantar kakak pi kerja, nnt ada duit sikit kakak ambil lesen kereta, kita beli kereta,, nanti kakak kumpul duit”

Namun disebalik kekuatannya, gadis ini turut bersedih dengan kemalangan yang menimpanya. Menurut Aniesa, kakaknya kata bila dah sihat dia akan cari ubat untuk hilangkan parut.

Screenshot 2019 05 16 At 3.59.49 Pm

Alhamdulillah, Norlis telah discharge dari hospital selepas menerima rawatan selama 8 hari bagaimanapun dia perlu membuat follow-up kecederaannya ini.

Admin doakan Norlis sembuh dan sihat seperti sediakala. Amin.

 

Baca: Tragedi Bhopal: Gas & Manoetilamin Ragut 35,000 Nyawa, Kemalangan Industri Paling Tragis Dalam Sejarah Peradaban Manusia

Screenshot 2019 05 16 At 4.07.33 Pm