Kalau tengok kat berita dan internet, banyak kisah tentang individu yang cuba untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang. Macam-macam cara yang dipakai termasuklah sanggup bergadai nyawa memandu melawan arus dan cuba melarikan diri ke hutan.
Kali ini, min nak kongsikan pula cara unik seorang wanita ini untuk mengelak daripada dikenakan saman.
Memetik sumber, kejadian yang difahamkan berlaku di kawasan Pasar Miru, Jawa Timur, itu sempat dirakam seseorang individu dan video terbabit telah tular di media sosial.
Menerusi video pendek terbabit, dapat dilihat seorang wanita sedang menaiki sebuah motosikal. Tetapi bahagian nombor plat kenderaan terbabit pula tidak dapat dilihat kerana sengaja ditutup dengan menggunakan seluar dalam berwarna merah jambu.
Korang boleh tengok video tu kat bawah ni
https://www.instagram.com/p/CfamcqDAdgZ/?hl=en
“Seluar dalam siapa lah jadi mangsa tu” – netizen
Sumber menjelaskan, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu sengaja menutup nombor plat motosikalnya untuk mengelakkan pemantauan kamera Penguatkuasaan Undang-Undang Trafik Eletronik (e-TLE).
Untuk pengetahuan, sistem ini mula berkuatkuasa mulai 1 April lalu dan mana-mana individu yang melakukan kesalahan undang-undang, surat saman akan dihantar terus ke rumah mengikut alamat yang diperoleh daripada nombor plat kenderaan.
Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata netizen nyata terhibur dengan pilihan kain yang digunakan wanita ini.
“Memang tak boleh lawan la level makcik-makcik ni,” tulis netizen.
“Kalau iya pun makcik takde kain lain ke?” kata yang lain pula.
Sumber: IG @memomedsos
Baca: “Ingatkan spender bini aku” – Isteri Nangis Ingat Suami Bawa Masuk Perempuan Lain, Rupanya…