in

“Kagum saya tengok jemaah Nigeria”- [EKSKLUSIF] Lelaki Kongsi Kisah Jemaah Kayuh Basikal Guna Tangan Dari Mekah-Arafah-Mudzalifah-Mina

Featured 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Kagum saya tengok jemaah Nigeria"- [EKSKLUSIF] Lelaki Kongsi Kisah Jemaah Kayuh Basikal Guna Tangan Dari Mekah-Arafah-Mudzalifah-Mina
Loading
/

“Aku memenuhi panggilanMu, ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu, tiada sekutu bagiMu, aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujaan dan nikmat adalah milikMu, begitu juga kerajaan, tiada sekutu bagiMu.”

 

Tidak tergambar rasanya perasaan bila dapat menjadi tetamu Allah swt, menunaikan Rukun Islam Kelima iaitu menunaikan Haji di tanah suci.


Setiap jemaah pasti ada kisah masing-masing, kepayahan dan jalan cerita yang dilalui pasti berbeza sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci.

Seperti kisah yang dikongsikan Syed Iylia di facebook mengenai jemaah haji dari Nigeria ini yang pasti akan menitipkan rasa syukur dan insaf kepada sesiapa yang membacanya.

https://www.facebook.com/syed.iylia/posts/2565630520125582

Kagum saya tengok jemaah dari Nigeria mengayuh basikal special depa dari Mekah – Arafah – Mina (lebih 10km). Masyallah ??

“Aku memenuhi panggilanMu, ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu, tiada sekutu bagiMu, aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujaan dan nikmat adalah milikMu, begitu juga kerajaan, tiada sekutu bagiMu.”

Berkongsi kepada Lobak Merah, Syed berkata dianggarkan seramai 7 orang jemaah haji dari Nigeria yang menggunakan basikal tersebut yang berkonsepkan Hand-Cranked Bicyle.

Bagaimanapun ketika ditanya lebih lanjut, Syed tidak dapat memastikan sama ada mereka ini merupakan Orang Kelainan Upaya atau bukan.

“Yang aku tau depa kayuh basikal tu dari Mekah – Arafah – Muzdalifah – Mina..

“Konsep basikal tu adalah Hand-cranked bicycle…

“Aku perasan dalam 7 org naik basikal tu, aku tak pasti depa ni oku ker tak tapi aku tau depa dari Nigeria”

 

Ini antara video yang dikongsikan Syed kepada Lobak Merah.

 

Bagi admin kesungguhan mereka menunaikan haji wajar dipuji, bukan mudah untuk mengayuh basikal menggunakan tangan seperti ini terutamanya dalam jarak yang jauh dan cuaca yang panas terik.

Semoga kesemua mereka dikurniakan haji yang mabrur….Amin!

Baca : Di Padang Mahsyar nanti ade ke pakej VVIP ni semua? Lelaki Dedah Keadaan Di Arafah Tiap Kali Wukuf, Pakej VVIP Cecah Ratusan Ribu

Haij

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.