in

Kabosu, Anjing Yang Popular Dalam Dunia ‘Meme’ Hidap Kanser Leukemia

Shiba Meme

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang sering menggunakan media sosial pasti pernah nampak meme Doge, iaitu anjing keemasan yang bermonolog menggunakan ayat berwarna bersama font jenis Comic Sans.

Anjing shiba inu yang bernama Kabosu, ini dilaporkan sedang menderita kanser leukemia limfositik kronik, sejenis kanser darah sumsum tulang, keradangan saluran hempedu dan tisu hati. Berita itu dikongsi oleh tuannya, Atsuko Sato yang tinggal di Sakura, Jepun.


Original Doge Meme

Menerusi hantaran Sato di Instagram miliknya, Kabuso yang berusia 17 tahun telah jatuh sakit sejak malam Krismas.

“Ketika ini, organ hati Kabuso sangat kritikal,” tulis Sato

Meskipun begitu, Sato memaklumkan Kabuso masih memilih nafsu makan dan minum. Dalam pada itu, netizen daripada seluruh dunia mendoakan agar anjing tersebut sembuh seperti sedia kala.

Screenshot 20221230 112542

Kabuso mula popular dalam dunia internet pada 2013, selepas gambarnya diambil pada tahun 2010. Dia menjadi meme popular teratas dalam laman web Know Your Meme’s pada tahun yang sama.

Sejak itu, Kabuso dan memenya menjadi viral, sehinggakan mata wang kripto Dogecoin turut diinspirasikan daripada meme tersebut.

Shiba Inu merupakan seekor anjing pemburu Jepun berbaka spitz (berbulu lebat dan putih sebagai asas warna bulu) yang hanya ditemui di Jepun dan antara terkecil berbanding baka anjing Jepun yang lain.

Mengikut sejarah Shiba Inu, anjing Jepun ini adalah anjing pemburu yang biasa memburu burung dan arnab. Habitat anjing ini adalah kawasan pergunungan di kawasan Chūbu. Pada tahun 1936, Shiba Inu diwartakan sebagai Natural Monument of Japan.

Baca: Robot Anjing Jadi Trend Di China, Mungkin Akan Jadi Haiwan Peliharaan Lebih Popular Daripada Anjing Sebenar?

Robot Anjing China

Sumber: Wikipedia
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.