in

Jurulatih Bola Tampar Mohon Maaf, Akur Dengan Tindakan Yang Dikenakan

Ft Jurulatih Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jurulatih bola tampar yang mencetuskan kontroversi akibat tindakannya menampar 2 orang pemain perempaun bawah umur telah tampil memohon maaf secara terbuka kepada pemain serta ibu bapa mereka.


Memetik laporan Harian Metro, Saiful Hadee Amar, 44, yang juga seorang guru kesal dengan tindakannya dan bersedia menerima sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap dirinya.

 

Saya sesungguhnya kesal dengan apa yang berlaku dan memohon maaf kepada semua pemain terutamanya kedua pemain yang terbabit serta ibu bapa mereka. Pemain-pemain adalah keluarga dan kekuatan saya, tanpa mereka saya tidak boleh menjadi jurulatih.”

Screenshot 2023 01 05 135431

Kata Saiful Hadee, dalam insiden yang berlaku pada 16 Disember lalu di kejohanan di Kota Tinggi  Johor itu, dirinya langsung tidak berniat untuk menggunakan sebarang kekerasan dalam melatih semua pemain.

“Latihan yang saya (kendalikan) ada pelbagai jenis antaranya pendekatan psikologi, intensif dan fizikal dalam membentuk pemain.”

“Saya tidak berniat untuk mengambil tindakan sehingga mendatangkan kecederaan, tindakan itu adalah untuk menaikkan lagi semangat dan memotivasikan mereka.”

“Saya sedia dan reda dengan segala keputusan yang bakal dikenakan kepada saya selain berharap perkara ini menjadi pengajaran pada diri sendiri.”

 

Masih menunggu keputusan khidmat jurulatih

Kenyataan permohonan maaf itu dibuat selepas perjumpaan khas susulan insiden ini, ia dihadiri Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam,  Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), Hean Boon Yeow dan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka, Asri Ninggal.

295647084 454214136715548 8953020580774705127 N

Dalam pada itu, Shanmugam berkata, keputusan sama ada khidmat jurulatih Sauful Hadee diteruskan atau sebaliknya dan tindakan yang akan dikenakan hanya akan diketahui selepas Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) membuat keputusan.

“Kedudukan jurulatih itu sebelum ini terbahagi kepada tiga iaitu siasatan di pihak Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Unit Integriti dan MAVA tetapi kini ia diambil alih oleh MAVA selepas mendapat liputan meluas serta menteri.”

“Pada waktu ini kita menunggu arahan dan tindakan yang akan diambil dan hari ini di Melaka (siasatan) sudah selesai. Pihak MAVA yang berkuasa dalam hal ini, apa-apa tindakan yang akan diambil terhadap beliau adalah bergantung kepada KPM dan juga MAVA.”

Oleh itu, beliau berharap agar perkara ini tidak lagi diperbesarkan kerana ia telah mengganggu dan menjejaskan emosi kedua-dua pemain.

Baca : “Netizen hanyalah orang luar” -Isu Lempang Pemain: Pasukan Bola Tampar Pertahankan Jurulatih?

Lempang Pemain Bola Tampar 1

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.