Acara persilatan wanita SUKMA 2024 yang sedang berlangsung di Sarawak baru-baru ini kecoh gara-gara tindakan penyokong tuan rumah yang bertindak membaling botol ke dalam gelanggang perlawanan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan juri.
Insiden berkenaan dikatakan terjadi semasa perlawanan suku akhir kategori Bawah 45 kilogram (kg) membabitkan pesilat tuan rumah, Iman Syakilla Mahdi dan peserta Wilayah Persekutuan, Nurin Alyaa Damia Mohd Masran.
Kekecohan tercetus selepas Nurin mendahului peserta tuan rumah manakala penonton mendakwa jatuhan tersebut sepatutnya tidak dikira dan kelihatan jurulatih kepada atlet di sudut merah (atlet Sarawak) turut tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Melalui klip video tersebut, kekecohan dipercayai bermula kerana jatuhan yang cuba dilakukan oleh atlet Kuala Lumpur di sudut biru dikatakan tidak sepatutnya dikira kerana jatuhan tidak berjaya dilakukan, namun papan mata menunjukkan perkara sebaliknya berlaku.
Akibat daripada insiden berkenaan, penonton mula tidak berpuas hati dan ada yang bertindak untuk membaling botol ke dalam gelanggang tanda protes terhadap keputusan juri.
Utusan Borneo melaporkan jawatankuasa penganjur bertindak untuk menghentikan perlawanan di kedua-dua arena bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Artikel berkaitan : Sukma Sarawak: Orang Ramai Terhibur Tengok ‘Mascot’ Setiap Negeri Ketika Upacara Perasmian
Artikel berkaitan : Rebah & Tidak Sedarkan Diri Lepas Terkena Tendangan Pihak Lawan, Atlet SUKMA Meninggal Dunia
Pun begitu, semakan di laman web rasmi SUKMA mendapati sudah ada keputusan yang dipaparkan buat acara tersebut dan kemenangan berpihak pada atlet Wilayah Persekutuan yang memenangi perlawanan tersebut dengan perbezaan 6 mata.
Terdahulu, menurut Mohd Johari Mizuhasnin menjelaskan keputusan yang dilakukan pengadil betul atas faktor teknikal yang sukar untuk orang ramai atau penonton faham.
Sumber : Majoriti