in

“Jumpa dia henyak satu kali” – Wanita Rugi Hampir RM18K Lepas Beg Tangan Kena ‘Rembat’ Masa Solat Dalam Surau

featured image pencuri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni dah banyak kali berlaku kes samun dan kecurian dalam surau. Kebiasaannya mangsa yang menjadi target adalah golongan wanita.

Baru-baru ni tular di laman Twitter mengenai kejadian mencuri beg tangan seorang wanita yang sedang solat di surau.


Kejadian itu dikatakan berlaku di surau bangunan Worldwide seksyen 13 Shah Alam.

Wajah suspek juga telah disebarkan bagi memberi amaran kepada orang ramai mengenai kesalahan yang telah dilakukan.

Mengikut rakaman cctv, suspek telah masuk ke dalam bahagian surau wanita dan mengambil beg mangsa sebelum berjalan keluar dengan tenang sahaja.

Mengikut laporan polis yang dibuat, mangsa telah kerugian hampir Rm18,900 akibat beg tangannya dicuri. Antara barang yang hilang ialah, wang tunai sebanyak Rm1500, 1 utas rantai emas, 2 gelang emas, 4 bentuk cincin emas, dan sebuah telefon samsung note.

Namun begitu, setelah beberapa ketika, pihak pengurusan Tesco seksyen 13 Shah Alam telah menghubungi suami mangsa dan mengatakan bahawa mereka telah menjumpai beg tangannya di tandas wanita.

Namun setelah dia mendapatkan semula begnya itu, ia sudah kosong dan seperti yang di jangkakan bahawa isi dalamannya telah dicuri sebelum di tinggalkan dalam tandas tersebut.

Uish, banyak tu kerugian dia tanggung. Senangnya kan pencuri tu buat duit? Apa pun, semoga lebih berhati-hati kalau berada dalam surau ye.

 

Baca: “Apa salah saya?” – Disangka Pencuri, Pemuda Dibelasah Gara-Gara Masuk Masjid Lewat

curi.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.