Semalam, kecoh di media sosial mengenai kes melibatkan dua orang bodyguard yang didakwa telah dibelasah dan diacukan pistol kerana enggan menuruti arahan majikan mereka supaya tidak berpuasa.
Susulan kes tersebut, pihak polis semalam telah berjaya menahan majikan berusia 43 tahun bagi membantu siasatan kes pukul dua pegawai peribadi.
4 individu termasuk seorang pengawal peribadi direman 5-7 hari bagi bantu siasatan kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa. @BuletinTV3 pic.twitter.com/ouk70Fx5Wi
— Ing Boon Seng (@boonNewsMPB) April 15, 2021
Tapi nampaknya kes tersebut telah membongkar beberapa kegiatan haram yang dilakukan majikan berkenaan susulan serbuan yang dilakukan pihak polis.
Menerusi perkongsian Twitter @redzuanNewsMBP, hasil siasatan polis mendapati suspek disyaki terlibat dalam kegiatan judi dalam talian dan Ah Long.
Malah hasil serbuan polis di kediaman suspek pula telah menemui 100 buah jongkong emas seberat 100kg dan wang dollar Amerika yang keseluruhannya bernilai RM28.5juta.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1382572979289169922
https://www.facebook.com/BernamaTV/posts/4179481702072022
Keempat-empat suspek yang ditahan polis ini kini direman lima ke tujuh hari untuk membantu siasatan polis.
Uish dari satu kes ke satu kes, habis terbongkar semua.