in

Jualan Sambal Dah Cecah RM14 Juta, Khairul Aming Kongsi Cabaran Sejak Awal Operasi

ft Khairul Aming Buka kedua kilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang tak kenal dengan Khairul Aming kan? Banyak kisah-kisah mengenai hidupnya yang memberikan inspirasi buat kita semua.

Terkini, satu lagi kejayaan yang diperoleh influencer ini selepas dia kongsikan mengenai perkembangan perniagaan sambalnya.


 

Total sales sambal RM 14 juta!

Satu kejayaan yang begitu memberangsangkan buatnya selepas setahun setengah beroperasi, bukan itu sahaja, jualan Sambal Nyet miliknya juga sudah mencecah 1,000,000 botol. Kini, Khairul Aming bakal membuka kilang keduanya seluas 22,000 sqft di Kelantan dan akan beroperasi tak lama lagi.

Bercerita mengenai ‘kedudukan’ perniagaannya sekarang, Khairul Aming kongsikan detik permulaan perniagaan Sambal Nyet ini beroperasi pada awal tahun lepas.

“Time ni sangat huru hara.”

Biarpun kelam-kabut, perniagaan sambalnya telah mencecah RM 1 juga selepas 3 bulan ia dilancarkan. Atas pencapaian tersebut Khairul Aming mula buka kilang pertama seluas 14,000 sqft.

“Time ni pun kita masih blur sbb first time buka kilang. Salah beli mesin, salah setup flow, macam2 silap kita buat.”

Bahkan, apabila kes Covid-19 meningkat tahun lepas, dia terpaksa kurangkan penghasilan produk sebanyak 75% bagi menjaga keselamatan pekerja.

Pada awal tahun ini, team Khairul Aming telah menyambut ulang tahun pertama Sambat Nyet, pada waktu itu kilang pertama dah siap renovation 90%.

“Ini satu milestone yang aku sendiri tak boleh terfikir masa mula-mula nak launch sambal ni dulu . It’s been a long journey and i’m happy blh berkongsi rezeki dengan orang lain juga.”

Dalam pada itu, Khairul Aming yang bakal membuka kilang keduanya di Kota Bharu itu juga menjelaskan bahawa dia bakal melancarkan produk keduanya.

Dengar macam best 3 bulan dah dapat sales RM 1 juta, tapi sebenarnya ia bukan lah semudah itu, sewaktu mahu memulakan perniagaan Sambal Nyet, macam-macam cabaran yang KA ini pernah alami, boleh baca kat bawah ni.

Baca : “Aku clueless time tu sbb dh habis duit savings” – Khairul Aming Kongsi Jatuh Bangun Perniagaan Lepas Ada Netizen Sindir Tukar Label

kaaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.