Semalam, kecoh di media sosial apabila rumah seorang usahawan wanita terkenal dipecah masuk dan menyebabkan kerugian sebanyak RM 3.5 juta.
Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata peti besi yang mengandungi jongkong emas, beberapa beg tangan pelbagai jenama, barang kemas dan wang tunai lebih RM3 juta dilarikan.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku di Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur dan pihak polis menerima laporan tersebut pada awal pagi Isnin.
Artikel berkaitan: Pasangan ‘Traveller’ Dari Sepanyol Kongsi Kisah Tragis, Kena Rompak & Isteri Kena Rogol 7 Lelaki Di India
Artikel berkaitan: Nama Dipetik Berkait Kes Usahawan Hilang Cincin Berlian RM3.73 Juta Di Paris, Vivy Yusof Tampil Bersuara
Ketika kejadian berlaku, rumah mangsa dikatakan tidak berpenghuni serta kamera litar tertutup (CCTV) rumah tersebut dirosakkan penjenayah.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, setakat artikel ini ditulis, butiran terperinci mangsa masih belum disahkan.
Selain itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes berkenaan untuk menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Sumber: Buletin TV3