in

Jom Tengok Pakaian Tradisi Raya Umat Islam Di Seluruh Dunia

Pakistann

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umat Islam di seluruh dunia sudah pasti akan tunggu menjelangnya bulan Syawal untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Sudah pasti kemeriahan suasana Aidilfitri itu nak dirasai.

Di Malaysia, umat Islam akan mengenakan pakaian tradisional masing-masing untuk menyambut kemeriahan Aidilfitri, contohnya kaum lelaki akan memakai baju Melayu manakala kaum wanita akan mengenakan baju kurung ataupun kebaya. Semua lawa-lawa waktu pagi raya.


Hal ini juga berlaku di negara di seluruh dunia dimana mereka mempunyai pakaian tradisi masing-masing sewaktu Hari Raya Aidilfiti. Jom kita tengok macam mana pakaian tradisi diorang.

1. Palestin

Wanita di Palestin akan memakai pakaian tradisional yang dikenali sebagai Thube yang mempunyai sulaman benang merah dan dihiasi dengan cermin kecil.

Palestin

2. Kosovo

Kanak-kanak Muslim di negara ini akan memakai weskot hitam yang dihiasi dengan sulaman benang emas beserta dengan bow ties sewaktu pergi menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

Kosovo

3. Ghana

Kaum lelaki di Ghana akan mengenakan jubah tradisional yang panjang.

Ghana

4. Australia

Kanak-kanak daripada pelbagai budaya di negara ini akan mengenakan pakaian yang mereka rasa selesa sewaktu sambut Hari Raya Aidilfitri. Kiranya ikut citarasa masing-masing.

Aussy

5. China dan Filipina

Wanita muslim di negara ini akan memakai tudung dan jubah yang labuh sewaktu menyambut Hari Raya.

China Filipin

China Filipin 2

6. United Arab Emirates (UAE)

Kaum lelaki di negara ini akan memakai penutup kepala yang dipanggil keffiyeh dan jubah sambil bersalam-salaman antara satu sama lain pada hari lebaran.

Uae

7. Kenya

Orang dewasa dan kanak-kanak akan memakai jubah sewaktu Hari Raya. Kebiasaannya mereka juga akan memakai ‘songkok’ tradisional dengan warna yang sedondon dengan jubah yang dipakai.

Kenya

8. Pakistan

Kaum wanita Muslim di Pakistan akan memakai pakaian tradisional yang dipanggil Shalwar Kameez yang dihiasi dengan sulaman cantik.

Pakistan

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.