Macam yang korang tahu, isu beg berat ni bukanlah isu yang baru. Malah zaman kita pun ada juga isu ini sampaikan kita sebagai pelajar kena fikir sendiri cara nak tangani masalah ni.
Baru-baru ini, isu beg sekolah berat telah menjadi perbualan ramai orang di media sosial lebih-lebih lagi lepas tular beberapa video menunjukkan bagaimana susahkan murid-murid sekolah rendah perlu menggendong beg mereka sampai terbongkok-bongkok ekoran buku yang terlalu banyak.
Ekoran ini, satu gambar dari sebuah sekolah telah tular di Twitter menunjukkan guru di sana telah mengambil inisiatif kreatif bagi menangani masalah beg berat pelajar.
Inovasi pihak sekolah tentang masalah murid. Jimat cost dan praktikal.
"If it look stupid but work, it aint stupid" – Murphy Law pic.twitter.com/tlv0uAd2iD
— Projek Hitam (@projekhitam) February 15, 2022
Dalam gambar yang dimuat naik itu, dapat dilihat sekolah tersebut telah menyediakan sebuah bekas simpanan barang di tepi meja setiap murid untuk menyimpan buku-buku teks sekolah.
Dengan cara ini, pelajar-pelajar di sekolah ini bolehlah tinggalkan buku dorang dalam bekas masing-masing dan hanya bawa pulang buku yang diperlukan sahaja untuk ulang kaji atau membuat kerja sekolah.
“Buku pun tak tertinggal dekat rumah”
Inisiatif sekolah ini telah mendapat pujian ramai netizen yang rata-ratanya merasakan cara ii sangat efektif dan tak memerlukan kos yang banyak bagi menyelesaikan isu yang telah lama diperkatakan ini.
Harapnya sekolah-sekolah lain pun bolehlah buat cara macam ni, bukan je isu pelajar kena bawa beg berat je boleh selesaikan, mak ayah pun tak payah pening every year nak kena beli beg baru sebab beg sekolah koyak bawak buku berat sangat. Betul tak?