in

“Jika ia beracun kami mati dulu” – Peniaga ‘Tepis’ Dakwaan Laksa Beracun

K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas kecoh isu laksa beracun yang telah meragut dua nyawa di Gerik semalam, hari ini, pemilik gerai jualan laksa kebok buka mulut dengan tuduhan yang dilemparkan ke atas perniagaannya.

Menurut Berita Harian, pemilik gerai, Daud Ismail, 51 kesal dengan tuduhan melulu ke atas perniagaannya tanpa usul periksa.


“Jika benar ia beracun (laksa) kami mati dulu,” katanya.

43336524 2230202740387556 3427251252143063040 N 1
sumber: facebook

 

Yakin tak beracun, sudah berniaga 15 tahun

Daud yang berasal dari Kampung Landak, Kupang yakin laksa yang dijualnya sejak tahun 2003 ni tak tercemar sebab ia disediakan dengan baik macam biasa. Malah sebelum dijual, dia dan keluarga akan merasa laksa tu terlebih dahulu.

“Jika beracun, saya dan keluarga dulu yang akan mati malah kami berniaga sudah 15 tahun, cuma baru tiga tahun buka gerai depan rumah.

“Apa pun kami akan rasa dulu laksa sebelum dijual, sama ada masin, tawar atau sebaliknya,” katanya.

 

Tak masuk bahan tambahan pelik dalam laksa

Kata Daud jugak, tak ada sebarang bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam laksanya selama ni.

“Kita sedia macam itu dari dulu, ubat tahan pun tak pernah dibawa masuk dalam masakan. Jika orang nak beli bawa balik jauh pun kami akan asingkan kuah sebab tak mau basi.

“Saya hanya mengetahui laksa dijual dikait dengan keracunan selepas Pejabat Kesihatan Daerah Baling datang melakukan pemeriksaan pada 11 pagi kelmarin,” katanya.

Lk
gambar hiasan

 

Susah hati lepas dapat tahu orang mati makan laksa

Susulan kejadian tu, pegawai kesihatan ambil sampel laksa, kuah dan sayur dan pihak KKM jugak ada membuat pemeriksaan kedua semalam. Mereka jugak baru tahu yang dua orang meninggal lepas makan laksa tersebut bila terima mesej tular.

“Saya rasa susah hati, nak makan nasi tak lalu, tidur tak lena dan fikir siapa lagi nak datang rumah,” katanya.

Malah kesan dari isu tular tu, ramai yang perlahankan kenderaan dan menoleh ke gerai jualannya dengan cara yang pelik.

42990439 884243528431818 3756853003852709888 N 1
sumber: facebook

Bagaimanapun, Daud berharap pihak berkuasa dapat menyiasat kes ini dengan adil dan menganggap perkara ni sebagai ujian Allah dan mereka perlu tabah dengan apa yang berlaku.

Harap-harap ni bukan kerja orang dengki lah hantar santau atau aniaya orang dengan letak racun. Uhuhu seram! 

Baca: OKU & Warga Emas Meninggal Dunia Gara-Gara Makan Laksa ‘Femes’ Di Kedah

Kebok Kebok 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.