in

Jika Dibenarkan Oleh Kerajaan, Restoran Mamak Sedia Ambil Etnik Rohingya Bekerja -PRESMA

kedai mamak gambar hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Restoran mamak di bawah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengatakan bahawa pihak mereka mengalami kesulitan dalam mendapatkan pekerja kerana difahamkan iklan kerja kosong bagi mengambil pekerja tempatan menerusi Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia dikatakan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ini menyebabkan pengusaha kedai mamak di bawah PRESMA terpaksa mengharapkan agar pihak mereka dibenarkan mengambil pekerja asing untuk bekerja di restoran mereka, lapor Berita Harian.


Menurut Datuk Jawahir Ali Taib Khan iaitu presiden PRESMA, jika dibenarkan oleh kerajaan, tiada masalah untuk pihak PRESMA mengambil etnik Rohingnya yang ada di negara ini untuk bekerja di restoran mamak.

8
Gambar Sekadar Hiasan

Artikel berkaitan: “Alasan yang tidak boleh diterima” – Pakar Bahasa Tepis Kenyataan Menteri Pelancongan Isu Papan Tanda

Artikel berkaitan: Pelancong Indonesia Jadikan Bahasa Melayu Di KLIA Sebagai ‘Bahan Lawak’ Dikecam Netizen

Namun, difahamkan juga, menurut presiden persatuan tersebut, pengambilan etnik Rohingya itu hanya akan dilakukan jika langkah itu dibenarkan oleh kerajaan dan jika etnik tersebut mempunyai dokumen yang sah dan teratur.

Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan semua, meskipun memiliki kad UNHCR, pelarian etnik Rohingya yang berada di negara ini tidak dibenarkan bekerja di Malaysia kerana kad UNHCR hanyalah dokumen pengenalan sahaja untuk pelarian dan di bawah undang-undang Malaysia, ia tidak membenarkan mana-mana pelarian yang mempunyai kad ini untuk bekerja secara sah.

Dalam masa yang sama, ahli PRESMA tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan Perintah Gaji Minimum yang baharu di mana gaji minimum telah dinaikkan kepada RM1,700 berbanding hanya RM1,500 sebulan sebelum ini.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.