Sejak semalam, tular beberapa video memaparkan sebuah perniagaan donut di Pulau Pinang yang membuat promosi berunsur lucah hingga mencetuskan kontroversi.
Dalam video yang tular, peniaga dilihat membuat aksi tidak senonoh sambil menyebut perkataan ‘berayaq lagi, berayaq lagi, jet lagi’.
Video tersebut telah mendapat kritikan daripada netizen yang mana rata-rata meminta agar marketing sebegini dihentikan kerana mempromosi perkara tidak senonoh dan menyamakan makanan dengan perkara jijik.
Artikel berkaitan: Buat Lawak Lucah Ketika Maryam Kongsi Tips Pilih Buah Tembikai, Ryzal Ibrahim Dikritik
Artikel berkaitan: Selebriti BBNU Didakwa Hantar Gambar Lucah, ‘Pancing’ Wanita Guna ‘Dating Apps’?
“Kanak-kanak tiru apa yang kita buat”
Lebih membimbangkan, tular juga sebuah video di X memaparkan seorang kanak-kanak dilihat meniru aksi tersebut bagi mempromosi kedai buah-buahannya.
Menurut posting X itu, ini adalah kesan negatif daripada perbuatan tidak senonoh penjual donut tersebut yang menjadi ikutan remaja di bawah umur.
Kanak-kanak tiru apa yang kita buat, walaupun ia perkara sampah tapi ia masuk ke dalam kepala mereka.
“Mereka seperti span, ‘menyerap’ apa-apapun walau ia perkara buruk. Belajar beng*p, tapi benda tak elok memang cepat depa tangkap,” kata posting tersebut.
Netizen di ruang replies juga bersetuju dengan kritikan tersebut dan mengatakan ibu bapa sepatutnya bertanggungjawab dalam memantau dan menegur sikap anak-anak mereka yang keterlaluan seperti ini.
Haih risau tengok budak-budak pun dah tiru aksi macam tu. Tolonglah mak ayah pantau anak-anak ya.