Admin memang tak boleh bayanglah kalau benda ni jadi dekat diri sendiri. Memang tak tahu nak cakap apa, rasa nak termuntah pun ada bila baca pasal benda ni.
Mana taknya, penduduk apartment di Taichung, Taiwan telah membuat aduan bila mereka perasan air yang dorang gunakan berbau busuk dan ada beberapa orang sampai jatuh sakit dan mengalami alahan teruk lepas gunakan air rumah dorang.
Rakaman CCTV dari apartment tersebut telah mendedahkan yang salah seorang penduduk di situ, lelaki berusia 69 tahun dilihat telah memanjat tangki air sambil memegang beg plastik.
Rupa-rupanya, menurut WORLD OF BUZZ, lelaki ni gunakan tangki air tersebut untuk berak, kencing dan mandi. Seriouslahhh! Geli gila!
Ceritanya, semua ini bermula bila lelaki yang dipanggil Lin ini mula menyewakan sebahagian dari rumahnya kepada satu syarikat telko untuk install barang-barang mereka. Dia dibayar NT$12,000 (RM1,605) sebulan sebagai ganjaran.
Apabila jiran-jiran Lin mendapat tahu tentang perkara ini, dorang membuat laporan supaya peralatan-peralatan ini dipindahkan.
Bengang kerana hilang punca pendapatan, Lin membuat keputusan untuk membalas dendam dengan berak, kencing dan mandi di tangki air apartment itu sebulan sekali dari Jun 2017 hingga Julai 2018.
Perkara ini disahkan bila sampel air menunjukkan tahap ammonia yang tinggi. Bukan tu saja, dorang juga dapat tahu yang Lin adalah orang yang bertanggungjawab merosakkan panel kawalan lift dan paip air mereka tahun lepas.
Paling tak boleh diterima, masa dibicarakan, Lin defend diri dia dengan kata minum air kencing tak boleh bawa maut. Tapi, hakim mahkamah tak bersetuju dengan dia dan berkata air tersebut boleh memberi kesan negatif pada kesihatan penduduk.
Lin kemudian dihukum penjara 20 bulan dan didenda NT$160,000 (RM21,410) sebagai balasan kepada perbuatan jijiknya itu.
Tak pasal-pasal dia lagi rugi bila kena penjara dengan denda. Lepastu admin terpikir, selera pulak dia nak ulang-alik pergi tangki tu dan mandi kat situ? Yekkk