Nama Jho Low sekali lagi terpapar di media antarabangsa tapi kali ni bukan berkaitan 1MDB.
Berdasarkan laporan, secara rasminya Jho Low telah dinamakan sebagai klien VIP yang menawarkan perkhidmatan seks dekat sebuah kelab terkenal di Korea, Burning Sun yang sedang hangat diperkatakan. Burning Sun kini sedang hangat diperkatakan dek kerana isu skandal yang membabitkan bintang terkenal K-pop, ahli politik dan pelbagai syarikat korporat.

Seperti yang dilaporkan di sebuah rancangan televisyen penyiasatan di Korea, Straight, Jho Low adalah salah seorang daripada dua pelabur dari Asia Tenggara.
Dia telah berjumpa dengan Yang Hyun-Suk, Ketua Eksekutif YG Entertainment Inc di sebuah restoran kelas atasan. Pertemuan itu turut disertai oleh ahli-ahli berjawatan tinggi dalam syarikat hiburan tu.
Jho Low dan Yang Hyun-Suk didakwa meninggalkan kelab tersebut selepas pertemuan itu dan telah ditawarkan perkhidmatan seks.

Gadis seawal usia 14 tahun telah diberikan dadah dan menawarkan sentuhan seksual kepada VIP. Golongan VIP ini pula akan terus menyerang dan rogol gadis-gadis ini di bilik air sebelum tinggalkan mereka terbaring di atas lantai atau atas kerusi tepi jalan.
Bukan tu je, mereka akan cabut gelang tangan untuk hapuskan bukti yang ada kaitan dengan kelab tersebut. Taknak kantoi lah kiranya ni…

Dadah jenis GBH diberikan kepada semua gadis bawah umur ini sebab ada kesan hilang memori supaya mereka tak ingat langsung apa yang telah berlaku. Ada juga VIP yang sanggup bayar lebih agar aktiviti seksual mereka dirakam untuk diedarkan.
Selain Jho Low, beberapa nama besar yang dikaitkan dengan skandal kelab ini adalah bekas bintang K-pop BIGBANG, Seungri, bekas DJ radio dan selebriti, Jung Joon-Young dan seorang pegawai polis di Gangnam yang telah digantung kerja.


Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal skandal kelab ni, boleh baca di tweet di bawah:
YG & Guests: @pannchoa did a great job. Not much to add. Except the singer YG brought with him the name was blanked. Not sure why. Many Korean believe it was SR. The Thai man is named Bob. He denied knowing Seungri but there r records of him having a relationship w YG from 2014.- pic.twitter.com/1H9UJO7c53
— Woman of Leisure (@WomenLeisure) May 27, 2019
Sehingga kini, Jho Low masih belum berjaya ditangkap tapi nampaknya dia dah makin berani muncul di tempat awam walaupun keberadaan dia masih tak diketahui.