in

“Jerebu Di Malaysia Bukan Datang Dari Indonesia”- Menteri

Featured 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga 6 pagi semalam 7 kawasan di Semenanjung Malaysia catat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tak sihat iaitu melebihi 101.

Kawasan-kawasan tersebut ialah Batu Muda (107) dan Cheras (104) di Kuala Lumpur ; Petaling Jaya (108), Shah Alam (101) dan Johan Setia (158) di Selangor, Putrajaya (103) dan Nilai, Negeri Sembilan dengan bacaan 107, lapor Astro Awani.


Lebih membimbangkan tiga kawasan di Sarawak mencecah bacaan IPU sangat tidak sihat yang melebihi 201 antaranya ialah Sarikei (210) , Sri Aman (234) dan Kuching (239).

41567823982 Jerebusarawak
Sumber: blog

Sebelum ini dalam sidang media Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah ada mengatakan yang jerebu merentas sempadan adalah punca utama jerebu berlaku di seluruh negara, lapor Berita Harian.

 

Indonesia NAFI jerebu di Malaysia berpunca dari negara tersebut!

Ini selepas Malaysia mengesan 1,393 tompok panas di Indonesia dengan 1,087 daripadanya berada di Kalimantan namun jawapan yang diberikan salah seorang Menteri negara tersebut agak mengecewakan apabila dia menafikan perkara tersebut.

Siti Nurbaya 2
Sumber: blog

Berdasarkan pemantauan menerusi Satelit Himawari-8, jerebu yang dikesan di Malaysia tidak berpunca dari wilayah Sumatera, tidak seperti yang dilaporkan oleh media asing sebelum ini.”

Kenyataan tersebut jelas menunjukkan Indonesia menafikan berlakunya jerebu rentas sempadan dari negara tersebut yang menjejaskan negara jiran seperti Malaysia dan Singapura.

Bagaimanapun kenyataan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan (LHK), Siti Nurbaya itu dilihat meragukan apabila sebanyak 1,278 titik panas dikesan satelit Terra Aqua di Sumatera, hari ini, lapor Utusan.

Lebih teruk lagi beberapa sekolah di Wilayah Jambi, Pekanbaru dan Siak di Riau diarahkan tutup berikutan jerebu tebal.

Katanya lagi, 99 peratus kebakaran hutan dan tanah di Indonesia adalah disengajakan akibat perbuatan manusia.

Kebakaran Hutan Lahan Di Jambi Mencapai 357 Hektare Swnoimrjj3

Kebakaran Hutan Riau
Sumber: blog

Kami tidak akan membiarkan pihak yang senga­ja membakar hutan dan tanah ini. Kami akan dan bertindak tegas terhadap mereka,”

Sebelum ini Timbalan Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), R. Mulyono R. Prabowo dalam kenyataan memberitahu, sebanyak 2,510 titik panas dikesan satelit Terra Aqua di negara-negara ASEAN bermula 4 September hingga 7 September lalu.

Antara yang terjejas ialah beberapa wilayah negara ASEAN antaranya Indonesia (Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, dan Kalimantan Selatan), Malaysia, Filipina, Papua New Guinea, Vietnam, Timor Leste, dan Thailand.

 

Aduhh…

Baca : Botol air pun boleh jadi punca kebakaran? Bomba Dedah Bahaya Simpan Botol Air Dalam Kereta Ketika Musim Panas

Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.