Meskipun ramai yang tahu Xinjiang sebagai ‘pusat tahanan’ kepada etnik muslim Uighur namun disebalik sisi hitam tersebut, ada permata yang mungkin ramai terlepas pandang.
Kita tak boleh menafikan keindahan Xinjiang dan kepelbagaian budaya di wilayah tersebut.

Malah masyarakat tempatan di sana boleh dikatakan antara yang rupawan di China, melihatkan kepada raut wajah mereka yang unik dan istimewa.
4 Jelitawan Uighur Yang Mempesonakan!
1. Madina Memet
Lahir pada 10 September 1987, kemunculan pertama pada tahun 2011 dalam siri New My Fair Princess, drama bersiri berdasarkan novel.
Kariernya berada di puncak ketika dia memainkan watak sebagai Lan Shang dalam drama Ice Fantasy pada 2016.

Selain itu Madina turut membintangi filem “Zhong Kui: Snow Girl and Dark Crystal” dan sitkom “Family Harmony”.
Madina yang lahir di Urumqi, Xinjiang adalah anak bongsu dari lima adik beradik. Pada 1998, dia diterima masuk ke Akademi Seni Shengji Beijing dan tamatkan pengajian pada 2003.
Pada 8 May 2019 dia bertunang dengan pelakon China, Jiang Chao dan mereka dikurniakan anak lelaki pada 20 May 2019.

2. Baha Guli
Dilahirkan pada 2 April 1988 di Urumqi, Xinjiang. Merupakan suku Uighur yang mempunyai raut wajah unik dan istimewa.

Baha Guli atau dikenali sebagai Bahargul sudah membintangi beberapa filem seperti ‘Love Never Dies'(2011), ‘Youth Rush/Youth Hormon'(2012) dan ‘Switch'(2013).
3. Gul Nazar
Merupakan seorang pelakon dan model. Mendapat julukan nama ‘Venus Uyghur’ kerana memiliki kulit yang sangat cantik.
Gul dibesarkan di wilayah Xinjiang di Tiangkok, lokasi yang mempunyai populasi Uighur paling ramai.

Dilahirkan dalam keluarga Uighur yang sangat tradisional, sehinggakan dia tak boleh bercakap atau menulis bahasa Mandarin hingga usianya 8 tahun.
4. Dilnaz Akhmadieva
Merupakan seorang pelakon dan penyanyi yang lahir pada 20 November 1980.
Dia sudah memiliki 7 buah album hasil karyanya sejak tahun 2001. Boleh menyanyi dalam bahasa Inggeris, Uighur dan Rusia.

Antara lagu-lagunya ialah :
Russian – Mozhet Odnazhdy, Mezhdu Nami Zima, Zolotoi
Uyghur – Bulbul Nawasi, Ashiq Boldum
Kazakh – Mama, Kewil Saginish
English – Lonely, Last Dance
Dia pernah berkahwin dengan penyanyi Pakistan, Ayaz Khan Behttani tapi hubungan mereka tak kekal lama.