Arwah duduk di kawasan Kuala Selangor tetapi disebabkan tempahan tak banyak dia sanggup ambil tempahan di sekitar Meri dan Setia Alam.
Sanggup bekerja jauh semata-mata nak cari rezeki bulan di bulan Ramadhan ini, rasa sebak terbaca perkongsian gambar dan kisah daripada tukang uruskan jenazah tentang arwah.
Kemalangan ketika bertugas
Arwah terlibat dalam satu kemalangan sewaktu sedang menjalankan tugas sebagai seorang rider Foodpanda, pada waktu itu arwah ingin menuju ke jalan Meru. umur baru sahaja 21 tahun.
Kata pengurus jenazah yang lebih dikenali sebagai Wan, kemalangan berlaku kerana ada satu kereta yang hendak keluar dari simpang di jalan utama yang di lalui oleh arwah..
Kebetulan di bahu jalan yang sama ada sebuah lori sampah yang di letakkan kerana mengalami kerosakan. Oleh kerana terlindung pandangan di sebab kan lori sampah tersebut pemandu kereta itu terus keluar dari simpang dan ketika itu lah arwah melanggar motosikal yang sedang di tunggang oleh arwah di laluan utama..
Arwah pula mungkin tidak nampak kereta yang hendak keluar dari simpang tersebut kerana terlindung dengan lori yang di letakkan di bahu jalan.
Motor yang arwah pandu terus berlanggar dengan kereta yang sudah pun keluar dari simpang tersebut.
Meninggal dunia di tempat kejadian
Kata Wan lagi, arwah terus meninggal dunia selepas kemalangan itu berlaku. Dari apa yang di kongsikan oleh rakan sekerja. Sebelum ini arwah hanya menjadi runner untuk di sekitar Kuala Selangor.
Disebabkan kurang pelanggan arwah telah pergi jauh dari kawasan tempat biasa dari beroperasi. Arwah memilih sekitar Setia Alam,Meru dan kawasan berdekatan kerana di situ tempahan untuk menghantar makanan lebih banyak..
Kalau di ikutkan Kuala Selangor ke Setia Alam perjalanan agak jauh.
Tetapi demi untuk mencari rezeki. Arwah sanggup merentasi jalan berpuluh kilometer pergi dan balik semata mata untuk menambah pendapatan di bulan ramadhan.”
Puluhan rider menunggu ketibaan jenazah rakan seperjuangan mereka.
Sewaktu van ukvj-02 tiba di kawasan Tanjung Karang. Kelihatan puluhan motor dengan memakai baju Foodpanda sedang menunggu ketibaan jenazah rakan seperjuangan mereka..
Sebagai tanda hormat mengiringi perjalanan terakhir kepada jenazah rakan mereka itu..
Jelas terpancar semangat brotherhood sebagai runner food panda.. Mereka iring dari Kuala Selangor sehingga ke tanah Perkuburan Islam Parit 9 Baroh, Kariah Masjid As Saidiah Pasir Panjang Sekinchan.”
Amat hiba sekali apabila Wan menjelaskan bahawa arwah merupakan anak harapan kepada keluarganya. Mudah-mudahan dapatlah pembelaan.
Daripada pengkongsian yang telah meraih lebih daripada 17K shares di Facebook dalam masa 24 ia dikongsikan ini cukup menyedarkan kita utnuk harga jasa dan pengorbanan mereka.
Sepertimana yang dinasihati oleh Wan, kepada anda jika menggunakan khidmat runner tidak kisah runner apa sekalipun..
“Nasihat saya jangan terlalu berkira dengan caj yang perlu anda bayar kepada seorang runner. Mereka mencari rezeki dengan pertaruhkan nyawa mereka sendiri.Rezeki mereka di berada di atas jalan dan mereka mencari rezeki bukan untuk menjadi kaya.”
Meraka hanya buat demi untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kalau caj yang di bayar kepada mereka sebolehnya jangan terlalu berkira..
Mari lah kita sedekah kan al-fatihah buat arwah Muhammad Zaim Bin Azman. Al-fatihah!