Kisah Ebit Lew yang telah membantu seorang janda yang dikatakan hidup bergelandangan, Mondy baru-baru ini telah mendapat komen yang pelbagai daripada netizen.
Hal ini disebabkan ada di kalangan netizen mendakwa Mondy sebenarnya bukanlah gelandangan kerana dia merupakan seorang TikToker terkenal yang mempunyai 1 juta followers.
Ebit ditegur duduk rapat dengan Mondy ketika live jual sambal
Pun begitu, setelah tiba di Malaysia, Mondy telah dilihat muncul bersama Ebit dalam sesi live di TikTok untuk menjual sambal tempoyak dan live tersebut juga dikatakan telah mendapat sambutan hebat netizen.
https://www.tiktok.com/@tealive_funclud/video/7244173098537323777?_op=1&_r=1&_t=8dCn6aKlymg&social_sharing=v4
Namun ada di kalangan netizen telah menegur sikap Ebit yang dikatakan agak tidak sesuai apabila duduk terlalu rapat dengan Mondy dalam sesi live berkenaan.
Tak cukup dengan itu, netizen juga seakan menyindir sama ada kelakuan Ebit ini bakal membuatkan isterinya marah atau tidak.
Apa-apapun admin yakin bukan Ebit dan Mondy sahaja yang ada semasa live tersebut. Sebaiknya kita berhusnuzon sajalah dengan situasi itu.
Baca: “Dulu ramai tak percaya” – Caprice Sindir Ebit Lew Lepas Netizen ‘Siasat’ Janda Bertatu?