in

Najib Assadok Dikecam Gara-Gara ‘Palatao’ Kongsi Fakta Salah Pasal Pacat?

Najib Assadok Viral Kena Gigit Pacat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lintah dan pacat walaupun ‘perangai’nya sama iaitu menghisap darah mangsa tetapi ianya sebenarnya berbeza dari segi habitat atau tempat tinggalnya. Difahamkan, pacat akan berada di kawasan hutan, semak atau kebun (darat) manakala lintah biasanya akan berada di kawasan air.

Kedua-duanya mempunyai sifat yang sama iaitu akan melekap pada tubuh badan perumah atau mangsa sehingga kantung tubuhnya penuh dan difahamkan ia mampu menghisap sehingga dua ke tiga kali ganda saiz badannya.


Sebut pasal kedua-dua haiwan ini, pastinya mereka yang gemar melakukan aktiviti di kawasan hutan atau air terjun pernah digigit oleh haiwan ini. Paling digeruni pastinya jika ia memasuki ke mana-mana rongga tubuh badan.

Najib Assadok Kena Pacat

Baru-baru ini, seorang personaliti dunia perniagaan, Najib Assadok telah berkongsikan ‘tips’ bagi mengelakkan gigitan pacat menjadi lebih teruk. Menurut video yang dimuatnaik di TikTok berkenaan, dia difahamkan mendapat perkongsian tersebut dari seorang jurupandu.

@najibasaddokPerkara yang best tentang pacat! ##najibasadok♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

Menurutnya, untuk mengelakkan kesan gigitan menjadi lebih teruk, seeloknya pacat tersebut dibiarkan sehingga selesai menghisap darah kerana ia akan tercabut dengan sendiri selain turut akan meninggalkan ‘air liur’ untuk menutup semula luka kesan gigitan tersebut.

“Mana nak beli confident level dia eh?”

Namun begitu, perkongsian tersebut mendapat kecaman ramai kerana difahamkan fakta yang disampaikan oleh Najib tersebut dikatakan salah dan sebaliknya apa yang diceritakan olehnya tersebut adalah sifat lintah, bukannya pacat.

Komen kecam najib assadok

Selain itu, menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), MyHEALTH enzim atau ‘air liur’ yang dikeluarkan oleh pacat atau lintah ini sebenarnya boleh menyebabkan pendarahan tidak berhenti dalam waktu yang singkat.

Difahamkan juga, sekiranya pacat atau lintah ini tidak dibuang serta merta, ia boleh mengancam mangsa lebih-lebih lagi mereka yang mengalami masalah anemia. Selain itu, sel darah merah akan berkurangan dan sekiranya darah yang hilang terlalu banyak, ia akan menyebabkan mangsa menjadi pucat dan lesu.

Sebaliknya, mangsa boleh dibantu dengan :

  • Membuang pacat tersebut dengan menggunakan kayu bersih, garam atau apa sahaja petua selagi ianya bebas dari sebarang kotoran dan pencemaran.
  • Basuh kawasan luka dengan air bersih (sekiranya ada).
  • Tekan kawasan luka dengan kain bersih untuk elak darah keluar
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya digigit oleh pacat atau lintah yang banyak

Menurut portal rasmi KKM tersebut biasanya doktor akan memberikan antibiotik (sekiranya perlu), ubat tahan sakit/gatal dan krim pelembab untuk disapu pada bahagian gigitan. Difahamkan ianya boleh mengurangkan rasa sakit dan gatal-gatal.

Baca: “Semua ada personaliti sendiri” – Rela Darah Dihisap Haiwan Peliharaan, Lelaki Ini Bela 4 Ekor Lintah

Lintah ft image

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.