in

“Jangan tenung lama sangat” – Kisah Seram Disebalik 3 Lukisan Yang Didakwa Berhantu & Telah Disumpah!

collagefeat 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang pergi dekat sesuatu tempat atau jalan sorang-sorang lepastu korang tiba-tiba rasa meremang? Ada orang kata, kalau kita ada rasa macam tu, maknanya ada “benda” yang dekat dengan kita.

Benda ni turut berlaku bila kita tengok sesuatu gambar atau lukisan. Jadi, pada artikel kali ni, kita akan tengok beberapa lukisan yang dikatakan berhantu serta kisah disebaliknya yang turut menyeramkan. Tapi, min nak beri amaran awal-awal, korang jangan tenung lama sangat lukisan-lukisan dekat bawah ni tau!


1. The Hands Resist Him: Lukisan berhantu yang dikatakan bergerak bila korang pandang tempat lain

the hands resist him

Sekali pandang je memang boleh nampak ada benda yang tak kena dengan hasil kerja William Stoneham yang dibuat pada tahun 1972 ni.

The Hands Resist Him merupakan sebuah lukisan menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berdiri disebalik patung yang kelihatan bernyawa dengan riak muka yang suram. Di belakangnya pula terdapat cermin gelap menunjukkan tangan kanak-kanak yang cuba untuk mengambilnya.

Lukisan ini sendiri memang dah menyeramkan, tapi dakwaan gangguan yang diterima oleh pemilik-pemiliknya membuatkan lukisan ini lebih seram.

Dikatakan, beberapa orang ternama di dalam dunia seni yang telah memegang lukisan ini mati tak lama selepas ia dijual termasuk seorang pengkritik seni Henry Seldis dan pelakon John Marley yang telah membeli lukisan ini.

Marley meninggal dunia pada 1984 dan lukisan ini dilaporkan hilang selama dua dekad sebelum muncul semula pada tahun 2000 di eBay. Pemilik terbaru lukisan ini mahu menjualnya dengan cepat kerana mendakwa lukisan ini berhantu.

Menurutnya, pada tengah malam, kanak-kanak dan patung di dalam lukisan tersebut akan bergaduh sehingga menakutkan anak mereka yang berumur empat tahun. Pemilik ini turut mendakwa bahawa mereka telah merakam kanak-kanak ini keluar dari lukisan tersebut dan masuk ke dalam bilik sebelum berlari ketakutan. Ish betul ke ni?

Tak cukup dengan itu, pemilik ini juga turut memberi amaran kepada orang-orang yang lemah semangat untuk tidak membida lukisan tersebut. Lebih dari 300,000 orang telah melihat lukisan ini di eBay dan ramai mengatakan, hanya tengok je lukisan ni boleh buatkan dorang rasa sakit atau marah.

Pelukisnya, Stoneham kemudiannya memberitahu tentang inspirasinya untuk lukisan tersebut. Menurutnya, budak lelaki tersebut merupakan dirinya sendiri dan tangan kanak-kanak di belakang tersebut menggambarkan kehidupan lain dan patung tersebut menggambarkan panduannya di antara dua dunia. Stoneham merupakan anak angkat dan lukisan tersebut dibuat sebagai gambaran kehidupannya.

Kalau korang nak tahu, Stoneham turut membuat sekuel untuk lukisannya ini yang dinamakan The Hands Invent Him, di mana ia menunjukkan babak disebalik pintu tersebut.

Invent trans NvBQzQNjv4BqCTY E8UrRAHHViyaH5PP42DDbW OQVdRm6kK2TcCNnY.jpg

2. The Anguished Man: Lukisan berhantu dari pelukis tanpa nama

Lukisan ini sering digelar sebagai lukisan paling berhantu di dunia dan kisah disebalik The Anguished Man ini seperti dibuat dari filem seram. Pemilik terkini lukisan ini, Sean Robinson telah menceritakan macam mana dia telah mendapat lukisan menakutkan ini melalui emel.

the anguished man reproduction

Lukisan The Anguished Man ini telah diberikan kepada saya oleh nenek saya. Pelukisnya tak diketahui tapi apa yang kami tahu, pelukisnya ini telah campurkan darahnya sendiri ke dalam lukisan tersebut dan membunuh diri tak lama selepas lukisan ini habis dibuat… Saya jamin yang lukisan asalnya telah pun saya kunci di sebuah lokasi rahsia dan saya tak ada niat untuk menjualnya.”

Robinson turut memberitahu bahawa tindakan untuk menjual lukisan ini adalah sangat bahawa kerana ia sangat ‘aktif’ dan perkara-perkara pelik turut berlaku kepada orang yang ada di tempat yang sama dengan lukisan tersebut.

Katanya, beberapa perkara pelik yang berlaku termasuklah bunyi tangisan dan mengerang yang terjadi di dalam rumahnya serta mendakwa ternampak bayang-bayang seorang lelaki merenungnya.

3. Love Letters: Lukisan berhantu Hotel Driskill

love letters

Hotel Drilskill yang terletak di Austin, Texas mempunyai banyak sejarah sepanjang ia beroperasi, ia pernah didiami oleh beberapa presiden, bintang rock dan banyak nama-nama terkenal.

Ada juga dakwaan bahawa Hotel Driskill mempunyai satu tetamu kekal di dalam bentuk hantu kanak-kanak perempuan. Tapi ia tak menghantui bilik hotel namun satu lukisan.

Lukisan tersebut merupakan replika moden kepada Love Letters oleh Trevor Garland yang dibuat oleh Richard King. Ia menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan memegang sejambak bunga di sebelah tangan dan surat cinta pada tangan satu lagi.

Dikatakan, pada tahun 1887, anak perempuan Senator Amerika Syarikat Temple Lea Houstan, Samantha telah meninggal dunia secara tragik di Hotel Driskill. Kanak-kanak ini dikatakan sedang mengejar sebiji bola sebelum dia tersilap langkah dan terjatuh di tangga hotel tersebut.

Dikatakan, raut wajahnya sama seperti kanak-kanak di dalam lukisan tersebut membuatkan ramai percaya roh Samantha telah menghantui lukisan itu.

Tetamu yang duduk di hotel tersebut mendakwa ekspresi muka kanak-kanak di dalam lukisan ini akan berubah sekiranya mereka merenungnya serta mata kanak-kanak tersebut turut melihat gerakan mereka.

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.