Kecoh baru-baru ni, kononnya seorang wanita dirasuk semasa kawannya sedang buat video live di Instagram.
Walaupun tak dapat dipastikan kesahihan video tu, katanya wanita tu sebenarnya sedang mendengari sebuah video mantera atau jampi memuja setan.
Kalau lemah semangat, jangan tengok video ni
Dalam video viral yang sudah dipadamkan tu, rakan Nesa Idrus dikatakan sedang menghayati sebuah video berbahasa Jawa daripada sebuah akaun Twitter.
Rupa-rupanya, penulis Twitter tu dah berikan amaran untuk tak menonton video tu kalau dalam keadaan tak suci atau lemah semangat.

Menurut posting asal, curator ni kongsikan pengalamannya diganggu makhluk ghaib semasa dia menyendiri akibat putus cinta
Yelah, benda-benda macam ni sukalah pada mereka yang sedang bersedih, lemah semangat dan fikiran terganggu.
Lebih-lebih lagi kalau empunya diri tu seorang wanita.


Jampi ni macam panggil setan
Video berkenaan dikatakan sebuah mantera yang digunakan bagi memuja atau memanggil setan dan ini turut disahkan oleh beberapa orang pengikut tweet tu.


Ni maksud sebenar mantera tu..
Nak maksud mantera tu dengan lebih jelas?
Seorang netizen ni dah tolong translatekan maksud mantera tu buat yang nak tau!



Siapa yang selalu kena kacau, takkan post benda macam ni
Perkongsian tu bagaimanapun tak disenangi ramai netizen lebih-lebih lagi daripada mereka yang dah biasa diganggu makhluk halus atau hijab matanya telah terbuka.
Sebab ia bukanlah satu pengalaman yang menyeronokkan.



Walaupun ramai juga yang rasa mantera dan video viral tu hanya satu bahan jenaka, benda-benda ghaib macam ni tak dinafikan wujud dalam dunia kita.
Bezanya sama ada kita boleh nampak atau tak saja. Kalau korang rasa nak cuba nak seru, bolehlah kot cuba mantera tu.
Penafian: Pihak Lobak Merah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat atau implikasi yang berlaku akibat penulisan ini.