in

Jangan Sesuka Hati Cuba Nak Minum Cecair Dalam Snow Globe Sebab..

Feature 2 10

Kalau ada kawan-kawan yang baru balik dari luar negara terutamanya negara sejuk, mesti ada yang mintak belikan buah tangan macam keychain atau snow globe. Baru lah feeling-feeling balik dari London gitu kan. 

Namun, korang jangan main dengan snow globe tu sesuka hati pulak sebab baru-baru ini di Twitter, seorang wanita yang dikenali sebagai @WendySnowRadish telah dimasukkan ke hospital selepas dia cuba untuk minum cecair dalam snow globe tu.

Snow Globe

Pada mulanya, dia cuma nak tahu apa rasa cecair tu. Jadi, mungkin dia fikir cecair dalam bekas kaca tu merupakan air biasa. Admin pun pernah ingatkan cecair tu macam air paip biasa je. 

Snow Globe 2

Snow Globe 3

Rupanya, cecair snow globe tu sebenarnya mengandungi ethylene glycol atau juga dikenali sebagai antifreeze yang berfungsi untuk mengelakkan air daripada beku jika snow globe tu diimport atau dibawa balik dari luar negara.

Walaupun kandungan ethylene glycol tu sikit je, namun kalau korang terminum, buruk padahnya.

Snow Globe 1

Lagipun, snow globe tu kan untuk dijadikan hiasan dalam rumah atau sebagai kenang-kenangan dari oversea. So, kalau saja-saja minum, memang bahaya lah. 

Snow Globe 4

Sebab tu lah orang kata, sifat ingin tahu ni pun kadang-kadang boleh membahayakan kita jugak. Bak kata omputih, curiosity killed the cat. 

Baca: “Saya berpaling sekejap je” – Kanak-kanak 19 Bulan Maut Terminum Cecair Vape Milik Ibu

Baby

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter