in

“Jangan putus asa, masih ada harapan” – Bintang Pop Terkenal Justin Bieber Hidap Penyakit Lyme & Ini Respon Avril Lavigne

Featured Image Retis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suatu masa dahulu, seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Justin Bieber telah menggegarkan dunia industri hiburan setelah lagu Baby yang dinanyikannya itu boleh di anggap di terima oleh kebanyakkan orang. Sehingga kini, lagu itu telah mencecah lebih 2 billion tontonan di Youtube.

Namun, baru-baru ni, penyanyi pop dari Kanada itu telah disahkan menghidapi penyakit Lyme dan sedang berada dalam rawatan.


Justin ada berkongsi mengenai penyakitnya itu di laman Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/B7EnV5VHEYp/?utm_source=ig_web_copy_link

Penyakit Lyme tu apa?

Penyakit Lyme, juga dikenali sebagai Lyme borreliosis, adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Borrelia yang disebarkan oleh kutu. Tanda jangkitan yang paling biasa adalah kemerahan pada kulit, yang muncul di tapak gigitan kutu kira-kira seminggu selepas ia berlaku.”

Ticks And Lyme Disease Fb
Gambar hiasan

Melalui perkongsiannya itu, Justin menjelaskan perkara sebenar yang menimpa dirinya setelah ramai peminat perasan akan perubahan yang berlaku dekat atas dirinya.

“Baru-baru ini saya didiagnos dengan penyakit Lyme, bukan itu saja, saya juga berdepan kes mono kronik yang menjejaskan kulit, fungsi otak, tenaga dan kesihatan saya secara keseluruhan,” katanya.

Justin juga akan menjelaskan lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapi itu dalam satu siri dokumentari yang bakal diterbitkan melalui YouTube tidak lama lagi.

“Beberapa tahun kebelakangan ini sukar, tapi saya sedang mendapatkan rawatan yang sesuai bagi membantu melawan penyakit yang setakat ini tidak boleh diubati.

“Namun, saya akan kembali dan jadi lebih sihat daripada sebelumnya,” katanya.

Bukan itu sahaja, ramai rakan artis yang meninggalkan komen mendoakan supaya kesihatan Justin kembali pulih seperti sedia kala.

Tidak ketinggalan dalam memberi komen, penyanyi Avril Lavigne, 35 turut menzahirkan rasa simpatinya kepada Justin.

“Kepada setiap orang yang terkena Lyme, saya ingin memberitahu anda bahawa ada masih ada harapan. Dua tahun sebelum ini, saya berjuang melawan penyakit ini nagi meneruskan kehidupan.” Katanya.

Pada sebelum ini, penyanyi wanita itu pernah menghidapi penyakit yang sama. Oleh kerana tidak mudah putus semangat, dia meneruskan perjuangan untuk meneruskan kehidupan.

Kini, penyanyi itu telah membuka sebuah organisasi khususnya bagi mereka yang terkena penyakit Lyme.

Organisasi itu juga memberi pendedahan kepada orang awam mengenai bahawa penyakit ini dan kepentinganya untuk mendapat rawatan.

https://www.instagram.com/p/By27F0-lbpg/?utm_source=ig_web_copy_link

Bahaya juga bila tahu kesan sampingan penyakit Lyme ni. Semoga sesiapa sahaja yang terkena penyakit ini terus kuat dan cepat sembuh.

 

Baca: “Patutlah Justin pilih Hailey” – Netizen Malaysia Kecam Selena Gomez Lepas Viral Posing Gambar Pijak Buku

Selina

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.