Prosiding kes penganiayaan Bella masih lagi berjalan hari ini dan dah tentunya bila baca berita mengenai penderitaan yang dialami oleh remaja Sindrom Down itu, ramai yang marah dan mengharapkan agar keadilan berpihak kepadanya.
Bagaimanapun, sebentar tadi Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad telah mengutarakan mengenai isu komen yang dibuat secara berleluasa oleh orang awam mengenai kes ini walaupun prosiding masih lagi berlangsung.
Saya mohon kepada mahkamah untuk memberi amaran kepada orang awam supaya tidak buat hantaran yang boleh memprejudiskan kes.”
Memetik laporan dari Sinar Harian, Hakim Izalizam Sanusi telah memberikan amaran mengenai perkara ini dan mengingatkan orang ramai bahawa undang-undang boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang melampaui batas.
Amaran ini juga turut ditujukan kepada orang awam yang hadir di galeri awam supaya tidak membuat komen berbentuk fitnah, subjudis atau menghina mahkamah.
Pihak pendakwaan serta pembelaan turut diingatkan untuk tidak sebarkan dokumen yang dirujuk di mahkamah ke media sosial.
Jangan melampau, simpan sahaja komen-komen itu, jangan sebar kenyataan dan dokumen mahkamah semata-mata mahu mahu dapatkan pengikut.”
“Prosiding ini masih jauh, saksi pula tidak sihat, ditambah pula dengan komen-komen seumpama itu, tertuduh juga belum didapati bersalah, mahkamah belum tentukan apa-apa, kamu sudah buat keputusan.”
Untuk pengetahuan korang, hari ini saksi ke-5 Yasmin Nahar Mahmood tidak dapat memberikan keterangan atas masalah kesihatan dan prosiding disambung dengan pendakwaan memanggil saksi keenam, Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah (D11) Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Asisten Superintenden Nazatul Madiyah Manaf.
Berpada-padalah ok kalau nak komen?
Baca: Biadap? Prihatin? Kes Bella Vs Bainun, Tonjol Sisi ‘Sebenar’ Rakyat Malaysia?